Masa Aku Tak Cari, Kata Aku Anak Derh4ka! Lepastu Isu Rumah Pulak Dah – Anak To’ki

Beberapa hari lalu To’ki memuat naik gambar perjumpaan bersama anak, cucu dan menantunya di laman Facebook..

Pertemuan dengan anak bernama Noor Hidayah atau Yaya itu merupakan yang pertama kali selepas kali terakhir mereka berjumpa kira-kira empat tahun lalu ketika Yaya melangsungkan perkahwinan.

” Mak pesan sebagai anak, saya kena cari ayah walaupun dia tidak cari kami adik-beradik.

” Baik atau burvk ayah dia tetap bapa kandung kami. Itu yang mak pesan. Disebabkan itu juga, saya dan adik-beradik lain nekad mencari dan pergi berjumpa ayah.” luah Yaya.

Bagaimanapun selepas kisah pertemuan Yaya dengan ayahnya To’ki itu mendapat liputan meluas media, timbul pula kisah lain.

Warganet cuba f1tnah Yaya

Ia susulan terdapat segelintir warganet yang cuba memanipulasi keadaan dengan mengatakan Yaya hanya berjumpa To’ki selepas ayahnya itu mendapat rumah baru.

” Bapak dah dapat rumah baru anak-anak nak tumpang sekaki la tu..” tulis individu terbabit

Yaya yang berkongsi perkara itu di Instagramnya bagaimanapun tenang menjawab.

” Hmm aku dah ada rumah sendiri laa, tak jumpa salah, jumpa salah.

” Masa aku tak cari kata anak derhaka, dah semua elok, isu rumah pulak dahh.. Aku dah ada rumah, jangan risau laa” tulis Yaya

Jumaat lalu, Noor Hidayah sudah menemui ayahnya yang juga penyanyi yang pernah popular satu masa dahu, pada Jumaat lalu.

Hidayah berkata, dia bersama adik-beradik mengambil keputusan bertemu bapanya itu selepas dinasihati ibu mereka, Roziah Atan, 53 selain membaca pesanan daripada warganet di laman sosial yang mengikuti perkembangan kisah mereka.

Menurut Hidayah, pertemuan itu dianggap hikmah terbesar dalam hidupnya selepas hampir empat tahun tidak bersua muka dengan penyanyi Seni Berzaman itu.

” Suami juga hampir setiap malam mengingatkan saya untuk bertemu ayah dengan sering memberikan kata-kata positif.

” Setiap hari dia pujuk cakap benda-benda yang baik dan tunjuk video Facebook ayah yang sentiasa berkongsi mengenai kami adik-beradik.

” Pada pertemuan itu, memang sed1h dan masing-masing menangis. Macam drama air mata juga. Alhamdulillah, semuanya okey selepas itu,” katanya.

Menurut Hidayah, dia bersama tiga beradik lain turut mengunjungi rumah baru bapanya sebelum mereka keluar makan malam bersama.

” Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.

” Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.

” Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara ‘live’. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi.

” Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu,” katanya.

To’ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. .

Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.

ARTIKEL BERKAITAN :

Abang Sulong je tak datang, Yaya dedah punca kembali pada To’ki 😭

“Menitiskan Air Mata..” – Yaya Anak To’ki

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://limauais.pw/ via AppleHijau