“Saya minta maaf..Tiada lagi Mural untuk orang bergambar…” – Pelukis Mural Kecewa Karya Seni Diconteng

Atas perbuatan tidak bertanggungjawab dua individu dipercayai perempuan telah merosakkan lukisan mural wajah-wajah wira negara dengan perkataan kesat, pihak MBSA telah bertindak memadamkan lukisan tersebut. Tindakan tersebut adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

Pelukis mural wira-wira negara iaitu Suhaimi Ali meluahkan rasa kecewa dan sed1h menerusi laman Facebooknya. Dikesempatan itu, dia juga berterima kasih kerana telah menyokong bakat seninya sepanjang berada di Taman Cahaya Alam di Seksyen U12, Shah Alam.

‘Hero is gone’

Meskipun lukisan mural itu terpaksa dipadamkan, Suhaimi Ali masih mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang menyokong hasil seni dan bakatnya itu. Tambahnya, dia juga mohon maaf kerana selepas ini tiada lagi lukisan wajah-wajah wira negara untuk orang awam bergambar.

Dicat semula dengan cat putih

Memetik laporan Metro, salah seorang daripada tiga pelukis mural itu iaitu Muhamad Firdaus Nordin turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila mendapat perkhabaran itu.

Sebaik sahaja dapat tahu, saya terus datang ke sini selepas tengok gambar dan video di ‘group WhatsApp.’ Sampai sini sudah ada ramai orang dan lukisan sedang ditutup.

Lukisan yang diconteng itu dicat semula dengan cat putih oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kawalan pihak p0lis.

MBSA memandang serius

Sementara itu, menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA iaitu Shahrin Ahmad menerusi laporan BH Online akan mengambil tindakan terhadap individu yang bertindak melakukan perbuatan vandalisme itu.

MBSA memandang serius terhadap perkara itu. Tindakan vandalisme seperti ini amat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited dalam menangani w4b4k c0v1d-19.

MBSA juga ingin menasihatkan kepada semua pihak merujuk terlebih dahulu kepada MBSA sebelum melakukan aktiviti mural di tempat awam di kawasan pentadbiran MBSA.

Sumber: Metro, BH Online, Suhaimi Ali

Pelukis mural sedih, kecewa

“SAYA terkilan dan sedih dengan kejadian ini,” demikian reaksi pelukis mural gergasi yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini apabila hasil karyanya pada dinding kedai di Shah Alam diconteng dengan kata-kata kes4t.

Berikut adalah temu bual wartawan Sinar Harian bersama pelukis mural berkenaan, Muhammad Firdaus Nordin, 26, berkenaan kejadian itu

SINAR HARIAN: Boleh ceritakan bagaimana saudara mengetahui mengenai kejadian ini?

MUHAMMAD FIRDAUS: Saya dapat tahu melalui rakan. Mereka hubungi saya beritahu tentang potret ini telah diconteng. Masa dengar cerita itu, saya tak terkata. Kebetulan saya tinggal di kawasan U12 ini, jadi saya terus bergegas ke sini.

Apakah perasaan saudara sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian ini?

Sedih, sebab tak sangka ada orang yang sanggup buat macam ini. Ini semua gambar pemimpin negara, kenapa sanggup buat begini.

Berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan potret mural ini?

Kalau nak diikutkan saya dan rakan-rakan lain mula buat sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, lepas itu masuk fasa PKP jadi tak hari-hari datang. Kalau nak diikutkan sekejap sahaja, tapi dah PKP itu yang jadi lama.

Apakah harapan saudara mengenai kejadian ini?

Saya berharap pelaku ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan. Saya sedih, tadi (semalam) masa petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cat balik, memang saya rasa sayu sangat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OhBulan