Erra Fazira Nak Cari Calon Suami Boleh Mengaji Al-Quran Bersama-Sama

Pelakon, penyanyi dan pengacara Erra Fazira akui lebih memberikan prioriti kepada anak perempuannya, Engku Aleesya.

Namun, tidak menolak seadainya jodoh tiba pada masa sama.

“Prioriti saya sekarang untuk masa depan Aleesya namun jodoh pun datang seiring.

“Sama seperti kematangan usia pun, saya mahukan calon suami yang boleh bersama-sama mengejar dunia dan akhirat seiring.

“Ada masanya bekerja bersama-sama dan ada ketikanya boleh mengaji al-Quran serta beribadah bersama-sama. Sekarang saya lebih cenderung ke arah itu,” katanya.

Tambah Erra yang baru dilantik sebagai duta produk penjagaan rambut Faith Fleur, sejak awal lagi dia sentiasa mencari pasangan yang bukan dalam kelompok penggiat seni namun sering berjodohan dengan yang sebaliknya.

Erra pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada Jun 2003 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Bintang filem Wangi itu kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan bercer4i pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, 11 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak