Alhamdulillah sudah jumpa mamanya – Niezam Zaidi

BAGI menunjukkan kesungguhannya dalam menjalinkan hubungan bersama Nonny Nadirah, pelakon Niezam Zaidi telah bertemu ibu kekasihnya itu, di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Niezam, 28, telah memuat naik gambarnya bersama Nonny dan ibunya serta meluahkan rasa syukur apabila hasratnya itu menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah sudah jumpa mamanya (ibu Nonny). Doakan yang baik-baik,” ucap Niezam.

Difahamkan pertemuan tersebut juga bertujuan untuk berbincang tentang majlis perkahwinan mereka berdua, sebelum dilakukan secara rasmi bersama keluarga.

Dalan hantaran tersebut, pelakon filem M4M4 itu juga memberi ucapan istimewa buat Nonny sempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah sudah jumpa mama nyaa…Doakan yang baik2.. – Selamat Hari jadi @nonnynadirah ,semoga ALLAH merahmati awak serta keluarga & semoga berjaya dunia akhirat!!Thank you so much for everything,InshaALLAH next step ahead..Smile always ok?143!!

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi) on

Selamat Hari jadi Nonny Nadirah. Semoga ALLAH merahm4ti awak serta keluarga dan semoga berjaya dunia akhirat.

“Terima kasih untuk segalanya. Insya-ALLAH next step ahead. Senyum selalu OK,” ujar Niezam.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para pengikutnya di laman Instagram yang turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini agar segera disatukan.

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar