Zila Bakarin Ded4h Tiada Job Selepas Bertudung

Pelakon Zila Bakarin mended4hkan dia tidak lagi diterima berlakon selepas berhijrah dan berhijab Februari lalu.

Menurut Zila, rata-rata tawaran yang datang mahukan imejnya terdahulu untuk sesuai dengan watak yang diberikan.

“Sejak saya berhijab februari lalu saya tiada job. Tawaran yang panggil saya berlakon semua mahu imej saya yang dahulu sesuai dengan watak Zila Bakarin dahulu.

“Seperti yang semua tahu nama Zila Bakarin terkenal dengan watak antagonis dan pakaiannya.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya.

“Namun saya gembira kerana saya terima itu dengan reda dan saya percaya dengan rezeki Allah,” katanya.

Zila mended4hkan perkara tersebut ketika ditemu bual oleh penyampai radio Zayan Lin Ariffin semalam.

Temu bual itu dimuat naik ke akaun Instagram Zayan.

Pun begitu, Zila bersyukur kerana kini selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, rezekinya semakin murah.

“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@zilabakarinofficial kongsikan bagaimana mula-mula beliau terdetik untuk berhijab

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@zilabakarinofficial kongsikan apa yang membuatkan beliau istiqamah untuk terus kekal berhijab. #IndahDihati

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak