100 peniaga terjej4s gara-gara ‘mak cik gelang pink’

IPOH – Lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya di sini terkesan berikutan penul4ran gambar seorang wanita memakai gelang pengesanan kuar4ntin koronav1rus (c0v1d-19) berwarna merah jambu sejak dua hari lalu apabila jumlah pelanggan ke premis mereka semakin berkurangan.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kedai yang ditularkan paling terkesan apabila semalam tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai seperti sebelum ini.

Menurutnya, bukan itu sahaja, jumlah pengunjung ke Bandar Meru Raya juga dilihat semakin menyusut dipercayai akibat kebimbangan orang ramai dengan berita mengenai kehadiran ‘mak cik gelang pink’ itu.

“Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya netizen yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pes4kit yang sedang dikuarantin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini semalam.

Nizam berkata, pemilik premis tidak harus dipersalahkan di atas sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu yang enggan mematuhi arahan kuarantin ditetapkan.

Mengulas lanjut katanya, Kelab Usahawan Bandar Meru Raya belum bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut kerana perbuatannya menjejaskan perniagaan di sekitar Bandar Meru Raya sebaliknya menyerahkan kepada pihak p0lis dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, pihak kelab bersama-sama pemilik kedai terlibat mendapatkan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya untuk menjalankan sanitasi di kedai terbabit.

Semalam, seorang individu di bawah pengawasan (PUS) c0v1d-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima raw4tan di h0sp1tal Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar