Acap kali pelakon popular, Mira Filzah menjadi perhatian peminat apabila dia dilihat bersama dengan seorang pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi sekali gus membuatkan orang ramai teruja.
Apatah lagi, akhirnya selebriti jelita itu mengakui dia sudah bertunang dengan jejaka pilihan dan dalam pada masa yang sama sudah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, difahamkan pelakon drama Sweet Dreams ini merupakan ‘wajah’ bagi koleksi baju pengantin 2020 oleh pereka fesyen tersebut dan menerusi laman sosial turut ada beberapa perkongsian foto Mira Filzah mengayakan busana pengantin yang cukup menawan.
Menerusi kapsyen di perkongsian melalui laman Instagram, berita bahagia Mira Filzah turut didengar pihak mereka lalu mengucapkan tahniah buat selebriti jelita itu.
“We all heard the news. Congratulations to our face of bridal 2020 @mfmirafilzah on the recent news. Are you all excited? Ofcoz you are, right?!” tulis dilaman Instagram bersama perkongsian video pendek selebriti ini.
Bukan sekadar foto, perkongsian video pendek Mira Filzah yang cukup cantik ini juga meraih perhatian peminat dan warganet dimana kelihatan dia mengayakan busana pengantin.
Malah, solekan diwajahnya yang kena dengan penampilannya itu membuatkan Mira Filzah seperti biasa dipuji kerana kecantikannya.
Lalu diruangan komen, rata-rata memuji Mira Filzah yang mengayakan busana pengantin itu dan mengatakan dia yang juga merupakan bakal pengantin dilihat sangat cantik.
Reaksi peminat diruangan komen
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL via AppleHijau