“Leher Dah Boleh Nampak!” – Penampilan Vicha Sekarang Mengeejutkan Ramai Pihak

Pelakon dan pelawak, Vicha berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Menurut Vicha, hasil penurunan berat itu berjaya diperoleh hanya dalam tempoh kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat.

“Selamat pagi sayang-sayang semua. Yeah, leher kita dah boleh nampak dah!

“Dah hilang 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu. Tenang.. perjuangan kita masih panjang guys. Insya-Allah kita boleh,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting itu juga, Vicha turut berkongsi gambar transformasi dirinya daripada 127kg kepada 117kg

Di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus cekal untuk mencapai misinya menurunkan berat badan.

“Terus semangat ya. Saya bangga dengan awak!,” komen pengikutnya.

“Awaklah sumber inspirasi saya,” tulis seorang netizen.

Sebelum ini, Vicha mengakui adakalanya tertekan dengan masalah berat badannya

Justeru, dia kemudian memasang azam untuk mendapatkan berat badan bawah 100KG dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

semoga hari ini kita semua di berikan rezeki dan kemudahan oleh allah swt amin yra ❤ setiap hari jumat adalah hari weighing day saya jumat ni adalah minggu ke 3 saya jumat ni coach @faqeemaswad9 dah start buat weight training dekat saya so kita dah masuk fasa baru yeaah x sabar masuk sesi next week pasti lagi best 😍 pasti korang x sabar kan nak tau brp KG saya dah turun dont worry i will share dekat korang malam ni yer 😘 yg terpenting @fabulousboomhq tetap kena consume tau hari2 ok 😉 simple jer 4K ,KOYAK , KEMAM , KENYANG ,KURUS 😍😋 #vichaweightlosejourney #vichagoesto99kg #fabulousboom #fabulousfit #inilagiboom #inicarasaya #teamvicha ❤

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : AppleHijau