“Pergi Kel4b Malam Siap Buka Tudung” – Makin P4nas! Ini D4kwaan Isteri Bek4s Teman Lelaki Alya Iman

Isteri kepada bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Penny Salman mendakwa dia tidak menyedari kecvrangan yang dilakukan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ketika dihubungi Gempak, Penny mendakwa, dia dan suami hidup bahagia tanpa berg4duh selama sembilan tahun bersama dua orang cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya dapat tahu tentang ini daripada kawan saya. Saya ingatkan saya wanita paling bahagia tapi kebahagiaan itu terc4lar selepas Alya muncul.

“Sepanjang sembilan tahun perkahwinan, kami tak pernah g4duh dan suami saya tak pernah cur4ng. Allah itu tak akan jadikan sesuatu tanpa sebab dan hikmah.

“Allah juga yang gerakkan hati saya untuk bagitahu hal sebenar supaya saya jadi lebih semangat dan kuat di masa depan,” dakwanya.

Dakwa Penny lagi, hari pertama berjumpa dengan suaminya, Alya masih ada hubungan dengan seorang pelakon dan tinggal serumah.

Sejurus keluar dari rumah tersebut, Penny mendakwa Alya menyuruh suaminya menyewa sebuah apartment dan membeli barangan mewah malah mereka sudah merancang untuk berkahwin.

“Macam mana dia boleh mampu ada semua barang mewah sedangkan dia baru berlakon? Saya ada semua gambar cuma sikit saja yang ditunjuk.

“Dia gunakan kisah sed1h untuk membuatkan orang berasa simpati. Suami saya berasa kasihan, dia pulak pandai berlakon.

“Suami saya ada sewakan sebuah apartment untuk dia tinggal di Ampang sebelum ini.

“Suami saya pun dah lamar dia dengan sebentuk cincin dan merancang untuk berkahwin. Tapi dalam masa sama, dia ada menjalinkan hvbungan dengan lelaki lain.

“Suami saya dah putuskan hubungan mereka pada bulan Jun lalu,” dakwa suri rumah sepenuh masa ini.

Dakwa Penny lagi, Alya sering berkunjung dan menempel di pejabat suaminya tanpa berasa malu walapun dipandang pekerja-pekerja lain.

“Alya setiap hari bertenggek dekat pejabat suami saya. Patutlah suami saya tak benarkan saya datang.

“Pernah Alya bawa kawan-kawan dia datang makan di restoran suami saya tanpa membayar. Dia masukkan dalam bil bawah akaun suami saya.

“Tak cukup dengan itu, Alya pernah juga pergi kelab malam siap buka tudunglah,” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, dakwa Penny lagi, dia tidak berniat untuk membuka aib Alya ataupun ingin menutup periuk nasi.

“Saya cuba untuk menjadi seorang wanita yang kuat dengan tak nak buka a1b dia (Alya) dan suami saya. Tapi saya tak boleh. Bila saya dah ceritakan segalanya saya berasa lega.

“Kalau dia (Alya) orang yang baik, dia akan datang minta maaf dengan saya. Saya harap orang di luar sana lebih berhati-hati dengan manusia macam ni,” dakwanya mengakhiri perbualan.

Sebelum ini, Penny mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan Alya menerusi laman sosial Instagram (IG)nya pada petang Jumaat.

Tidak berdiam diri, Alya mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via LepatPisang