Pelakon filem Bunohan, Amerul Affendi meny1ndir sesetengah produksi dan stesen televisyen yang mengutamakan populariti di media sosial untuk dipilih berlakon.
Amerul sendiri tetanya-tanya apakah yang harus dilakukannya untuk menambah bilangan pengikut akaun Instagramnya untuk mencapai piawaian 500,000 pengikut.
“Instagram baru ada 100,000 followers. Maknanya lambat lagilah stesyen televisyen nak ambil berlakon dalam produksi mereka.
“Sebab depa kata 500,000 baru dipertimbangkan.
“Nak beli follower kang saya rasa men1pu pihak stesen televisyen pula. Bukankah itu berd0sa? Jadi apa patut saya buat?” ciapnya di Twitter baru-baru ini.
IG baru ada 100k followers.
Maknanya lambat lagi lah station tv nak ambik berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa kata 500k baru dipertimbangkan.
Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak station tv pulak. Bukan ke tu berdosa?
Jadi apa patut saya buat? 🙇🏽♂️🤷🏽♂️ pic.twitter.com/F9dZfUYZYR
— Perakam Sejarah (@Amerul_Affendi) July 24, 2020
Kelvhan Amerul itu mendapat perhatian beberapa rakan selebriti antaranya Sharifah Amani dan Bront Palarae.
“Patut bersyukur bro. Tak keluar TV tapi masih disayangi dan dihorm4ti. Tuhan jaga mu dari n0da dan g0da,” tulis Bront.
“Ini sebabnya anda perlu follow pelakon kegemaran anda di Instagram. Tak cukup followers bermakna tiada job bermakna tidak cukup duit untuk menyara keluarga.
“Ya, tak masuk akal tapi benda ini memang terjadi,” tambah Amani.
Pandangan yang diutarakan Amerul mendapat sokongan ramai dan menurut tinjauan, jumlah pengikut akaun Instagram Amerul bertambah 1,000.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak