Amerika baru sedar basuh ber4k guna air lebih menjimatkan

Selama ini, selepas buang air besar ataupun lebih mudah kita guna perkataan ber4k, orang di Amerika Syarikat lebih gemar atau secara tradisi menggunakan tisu tandas.

Akibat pandemik, stok tisu tandas pun sudah semakin susah nak diperolehi dan mereka mula menyedari bahawa penggunaan bidet ataupun alat yang mengeluarkan air untuk mencuci kem4lu4n selepas ber4k itu merupakan alternatif kepada tisu tandas.

Alternatif tau, bukan cara utama untuk mencuci n4jis di Amerika, malah kalau pergi ke tandas lelaki, mangkuk untuk kenc1ng di sana tak ada air langsung, lepas kenc1ng terus jalan keluar.

Di Malaysia pun dah mula trend ni, mangkuk kenc1ng tak ada air disalurkan untuk mencuci kem4lu4n.

Tak payah pergi jauh sangat, kebanyakan negara di luar Malaysia memang nak suka pakai bidet ataupun paip air untuk tandas mereka, ini termasuklah negara jiran Singapura.

Kebanyakan tandas tak guna paip air di jamb4n mereka kerana tandas akan jadi basah dan berb4h4ya kepada pengguna, t4kut tergel1ncir akibat pembasuhan ber4k yang sangat ekstrem.

RM1,200 Setahun untuk tisu tandas?

Foto: Erik Mclean @ Unsplash.com

Kini di Amerika, sebuah artikel sudahpun terbit bahawa bidet dianggap lebih menjimatkan berbanding menggunakan tisu tandas untuk pelaburan di jamb4n.

Lockdown dan ku4r4ntin memaksa mereka berfikir dan akhirnya menyedari bahawa bidet adalah lebih baik daripada pergi berebut untuk membeli dan menyimpan stok tisu tandas.

“Orang tidak lagi berhasrat untuk mengumpul tisu tandas sebanyak mungkin setelah menyedari apa yang dibelanjakan setiap bulan (membeli tisu tandas), bidet menjadi alternatif terbaik.” – petikan daripada sebuah artikel di Digital Trends.

Dalam artikel itu lagi, mereka memetik artikel USA Today yang menyatakan bidet dapat mengurangkan penggunaan kertas tandas sebanyak 75% atau lebih, di mana setiap isi rumah di Amerika biasanya menggunakan 409 gulung setiap tahun.

Harga tisu tandas 12 gulung yang paling murah di Walmart adalah AS$8.75 (RM37.20).

Jika mereka menggunakan 409 gulung, mereka belanja hampir AS$300 setahun (RM1276.65).

Jumlah tersebut lebih mahal daripada memasang bidet pada jamb4n mereka, yang paling murah AS$130 (RM553) malah operasinya lebih murah dan penggunaan elektrik serta air juga tidak begitu tinggi.

Kalau ada duit lebih, mereka boleh beli bidet yang mahal sikit sekitar AS$400 (RM1702) dan mereka tidak perlu lagi membeli tisu tandas dengan begitu banyak, ataupun terus tak perlu beli tisu tandas pun.

Kalau nak lagi bajet, belilah paip biasa dan pasang dekat tepi jamban, tapi itu mereka belum pernah tengok lagi, sebab tak wujud dalam tradisi kehidupan mereka.

Apapun pemasangan bidet jauh lebih bijak berbanding menggunakan tisu tandas, malah lebih bersih daripada menggunakan tisu tandas.

Apa era norma baharu ni, terpaksalah mereka belajar untuk berjimat dan jadi lebih bijak dalam menguruskan pembersihan n4jis mereka.

Foto cover: us.kohler.com

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : rancaktv