TERKINI: Individu Sedang Jalani Ku4r4ntin DILARANG Balik Kampung, Keluar Rumah & Terima Tetamu

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. Bagaimanapun, ianya tidak termasuk golongan yang perlu menjalani kuarantin.

Katanya, individu yang perlu jalani kuarantin tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung, keluar rumah dan menerima tetamu ketika sambutan Aidiladha Jumaat ini.

Bagi individu yang jalani proses kuarantin dilarang keluar rumah, balik kampung,  tak boleh solat Aidiladha dan tak boleh terima tetamu.”

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar rakyat yang pulang ke kampung mematuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan seperti menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

TERKINI: Rakyat DIBENARKAN Rentas Negeri, Sambutan Aidiladha Di Rumah Hanya 20 Tetamu SAHAJA Pada Satu Masa

Melalui sidang media secara langsung sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa tuan rumah yang ingin mengadakan jamuan ketika Hari Raya Aidiladha Jumaat ini perlu patuhi SOP iaitu, hanya 20 tetamu dibenarkan berada di dalam rumah pada satu-satu masa.

Ketika ditanya wartawan tentang merentas negeri, beliau menjawab rakyat Malaysia masih dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, setiap individu haruslah mendisiplinkan diri untuk mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : LM