SETELAH menempuh alam perkahwinan selama 10 tahun, selebriti Ardi Bakrie seperti memberi bayangan kepada isterinya pelakon Nia Ramadhani bahawa dia ingin mempunyai seorang lagi isteri.
Namun, hasrat itu segera dipersoalkan Nia apabila dia tertanya-tanya ciri-ciri isteri yang diinginkan Ardi.
Malah, Nia menerusi video yang tersebar di laman sosial kelihatan bersahaja dan tidak risau tentang perkara itu malah mengakui tidak bimbang dengan kehadiran wanita per4mp4s.
“Bagi saya, kita sebagai wanita perlu percaya pada diri. Bergelar seorang isteri, kita hanya perlu yakin dengan diri sendiri.
“Tak perlu fikirkan tentang perempuan lain,” katanya.
Nia dan Ardi terkenal sebagai pasangan suami isteri yang sering mengungkapkan kata cinta dan berkongsi momen romantis di Instagram masing-masing.
Pasangan selebriti Indonesia itu berkahwin pada 1 April 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Nia Ramadhani kongsi rahsia rumah tangga bahagia – “Jangan buka dompet atau telefon suami”
SEPANJANG 10 tahun melayari alam perkahwinan dengan usahawan Ardi Bakrie, pelakon Nia Ramadhani mengakui ada ketikanya hubungan mereka turut diuji.
Nia bagaimanapun berkata dia mempunyai cara tersendiri dalam memastikan hubungan mereka kekal intim dan harmoni.
“Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri… sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah.
“Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tak beritahu apa yang kamu tak suka,” katanya.
View this post on InstagramIt’s not how much we have, but how much we enjoy, that make’s happiness. . 👗 @alfanicollections
Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini berkata dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga antaranya tidak memeriksa telefon bimbit dan dompet suami.
“Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka telefon dan dompet milik suami.
“Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa… cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa sahaja akan jadi masalah besar nanti.
“Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon Ardi… tak mahu lihat!,” ujarnya.
Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.
Sumber: liputan6
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar