Saya dah jual rumah, barang kemas pun ada di pajak gadai – Adibah Noor

PELAKON dan penyanyi Adibah Noor tampil membuat pendedahan tentang keadaan dirinya yang turut bergelvt dengan masalah kewangan berikutan pandemik c0v1d-19.

Pendedahkan dibuat Adibah menerusi dua video pendek yang dimuat naik di laman Twitter miliknya malam tadi itu berikutan menerima banyak mesej daripada orang ramai yang meminta bantuan kewangan.

Menurut pemilik nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar, 50, penjelasan itu adalah untuk memberikan gambaran sebenar tentang keadaan kewangannya.

“Saya menerima banyak direct message (DM) dan private message (PM) yang memohon bantuan kewangan. Mana yang saya boleh bantu, saya memang akan bantu.

“Pekerja-pekerja seni macam saya yang berada di depan kamera dan di atas pentas, memang nampak macam mewah, sering kali muat naik video atau gambar  untuk menunjukkan kami masih aktif dalam bidang seni.

“Hakikatnya masa PKP dulu, saya memang tiada pekerjaan langsung sekali gus tiada pendapatan.

“Jadi selepas PKP  iaitu pada fasa pemulihan, barulah dapat tawaran kerja sedikit demi sedikit untuk berlakon, menyanyi dan sebagainya,” luah Adibah.

Bagaimanapun, tambah pelantun lagu Istimewa itu, bayaran yang diterimanya selepas PKP tidak lagi sama sebagaimana sebelum bermula pandemik c0v1d-19, malah jauh lebih rendah.

“Harga yang kita terima tidaklah semewah harga yang diterima sebelum pandemik c0v1d-19.

“Bagaimanapun, saya ambil sahaja mana-mana tawaran. Sekurang-kurangnya saya ada pendapatan sendiri,” katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Adibah turut mengakui terpaksa menjual rumah dan memajak barangan kemasnya untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi sepanjang tempoh PKP lalu.

“Saya tak malu untuk memberitahu, banyak benda yang saya dah jual. Saya jual rumah, barang kemas pun ada di p4jak gad4i.

“Saya tak malu nak bagitahu yang saya juga mengalami kesusahan atau kesukaran dari segi kewangan, tapi kita cuba cari jalan sendiri,” luahnya.

Disebabkan situasi itu, Adibah menjelaskan, dia tidak dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

“Sejujurnya saya nak bagitahu kepada anda yang memohon belas kasihan dan juga bantuan,  saya tak dapat nak bantu kerana saya baru kembali bekerja.

“Walaupun ketika PKP saya tiada kerja dan tiada pendapatan, saya tetap perlu bayar gaji pekerja s dan menyediakan makanan untuk  37 ekor anak kucing peliharanan saya.

“Saya bukan nak mengadu, ini juga bukan curahan perasaan untuk menagih simpati, cuma saya nak bagitahu hakikatnya saya juga mempunya masalah saya yang tersendiri.

“Minta maaf saya tak dapat membantu orang lain kerana saya kena bantu diri saya sendiri.

“Apa-pun saya doakan semoga kita semua dapat mencari rezeki. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita,” akhirinya yang turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

(SUMBER: Twitter Adibah Noor)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar