“Kali Terakhir Saya Jumpa Pada…”- Mark Adam Risau Keadaan Ibu Di Filipina

Penyanyi popular, Mark Adam akui risau dengan keadaan ahli keluarga terutama ibunya, Florinda Macaraig Echivarre, 60 di Cebu, Filipina berikutan penul4ran w4b4k c0v1d-19.

Menurut Mark, dia sentiasa berhubung dengan ahli keluarga di sana bagi mengikuti perkembangan dan tahap kesihatan mereka.

“Saya sangat risaukan keadaan ibu dan adik-beradik di Filipina. Sekarang, saya selalu menghubungi mereka untuk bertanya khabar dan meminta mereka untuk sentiasa menjaga kesihatan.

“Kali terakhir saya jumpa ibu pada Januari lalu, dia sahajalah tempat saya menumpang kasih sayang selepas kehilangan ayah.

“Saya sentiasa risau dan berdebar kerana tidak dapat kesana berjumpa dengan ibu saya, apa yang boleh dilakukan setakat ini adalah sentiasa menghubunginya menerusi panggilan video,” katanya.

Mark berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru berjudul Teh Terakhirku di Strand Mall, Petaling Jaya sebentar tadi.

Lagu tersebut turut menampilkan pelawak Shuib dan bintang muda Zynakal. 

Tambah Mark, sejak ibunya  berpindah ke rumah baru yang dibelinya di Jugan, Cebu, dia berasa sedikit lega kerana kawasan perumahan itu tidak sesak berbanding rumahnya yang terdahulu.

“Selalunya setiap hari Ahad ibu akan keluar berjalan tapi krisis c0v1d-19 semakin teruk, dia sudah tidak lagi keluar seperti dahulu.

“Mujurlah ada adik-beradik saya yang boleh jagakan ibu di kampung.  Sehingga hari ini saya tak putus berdoa agar ibu dijauhkan daripada w4b4k itu,” tuturnya menutup bicara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak