Hari ini media sosial dibanjiri luahan kebimbangan netizen terhadap ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar mahkamah. Difahamkan mereka berhimpun tanpa menjaga jarak sosial dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang c0v1d-19.
Bukan sahaja netizen, di kalangan selebriti juga meluahkan rasa marah dan bimbang jika perhimpunan ini boleh menyebabkan kluster baru c0v1d-19.
Michael Ang Luah Rasa Kesal
Pengarah, Michael Ang, di instagramnya berkata, kerajaan dan pihak p0lis seharusnya lebih awal bertindak dan memberitahu kepada orang awam supaya tidak berkumpul di luar mahkamah.
“Sejujur nya aku dah tak ambil peduli pasal kes Pak Najib ni. Duit pun dah lesap, masuk Atau tak jail pun mcm ada aku kesah. Tapi apa yang aku kisah gambar-gambar ni. Kita masih facing c0v1d, gov dah Cakap kalau kes naik MCO akan ada balik. Govt n p0lis pun satu dah tahu mesti banyak org akan muncul sepatutnya awal awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada kat mahkamah dan berhimpun macam ni! Apooooo la!!!! Kalau cluster baru muncul menyusahkan kita orang jugak! mana otak semua orang ni!- tulisnya di Instagram
Hans Isaac Bimbang Lockdown Kali Ke-2
Sementara itu, Penerbit dan Pengarah, Datuk Hans Isaac juga turut meluahkan kerisauan dan berharap Malaysia tidak lagi lockdown buat kali kedua.
“Saya harap mereka semua selamat. Malaysia tidak sanggup lagi berdepan dengan PKP buat kali kedua kerana gelombang c0v1d19. Mari kita selamatkan Malaysia”- tulis Hans di Instagramnya
Menurut tinjauan kami di twitter, rata-rata netizen menggunakan tanda pagar #klusternajib berikutan rasa bimbang akan wujudnya kluster Najib atau kluster Bossku gara-gara gambar penyokong Najib yang tular berhimpun tanpa mempedulikan langkah-langkah kawalan penul4ran c0v1d-19.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : murai.my