Menjadi seorang public figure bukan lah suatu hal yang mudah. Sesetengah pihak beranggapan kehidupan sebagai selebriti sangat bertuah dan hal yang sangat menarik.
Pergi ke mana sahaja pasti akan ada orang tegur dan cuba untuk mendekati. Walau bagaimanapun, ianya memerlvk4n kesabaran yang sangat tinggi. Sebagai contoh lihat sahaja kehidupan YouTuber sensasi iaitu Sugu dan Pavithra.
Mereka yang mula mendapat perhatian sejak awal tahun lalu akhirnya mengakui populariti antara punca kepada masalah rumah tangga mereka. Sejak daripada kisah Sugu ditahan pihak berkuasa, ramai peminat mereka tertanya-tanya punca dia bertindak sedemikian kepada isteri.
PUNCA UTAMA BERPUNCA DARI KELUARGA
Pelbagai andaian dan kisah dogeng yang dikeluarkan. Enggan mengelirukan ramai pihak, akhirnya Pavithra muncul di laman YouTube semalam bagi menjawab segala persoalan orang ramai selain membersihkan nama suami tercinta.
Menurut Pavithra, punca utama adalah datangnya dari keluarganya sendiri yang mula menagih simpati di atas kesenangan yang mereka kecapi. Selama ini keluarga Pavithra langsung tidak menyokongnya.
KELUARGA TAK PERNAH TANYA KHABAR, DATANG NAK PINJAM DUIT
Selama 7 tahun dia mendirikan rumah tangga bersama Sugu, ahli keluarga tidak pernah bertanya khabar untuk datang menolong tetapi setelah menyedari mereka mula berjaya baru lah datang untuk meraih simpati dan meminjam duit.
Dalam pada itu Pavithra mengatakan keluarganya ada menimbulkan masalah lain kepada keluarga kecilnya sehingga Sugu meng4muk di h0sp1tal pada tempoh hari namun tidak pula dijelaskan secara terperinci.
Dia tidak menafikan bahawa tindakan suaminya juga salah kerana mencetuskan kekac4uan di tempat awam. Tambahnya lagi Sugu bukan lah pemabuk seperti mana dilaporkan pihak media.
MEDIA PULA TOKOK TAMBAH
Antara punca lain adalah pihak media. Kehadiran pihak media yang melaporkan berita p4lsu berkaitan dia dan suami merumitkan lagi keadaan semaasa.
“Selepas media masuk ke dalam keluarga kami, memang kami tak ada masa untuk memasak dan bagi makan kepada anak-anak dan ianya menjadi sangat sukar buat kami.” Jelas Pavithra.
Walau bagaimanapun, dia sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana bertindak memadam video masakan yang dimuat naik selama ini. Mereka berjanji akan kembali menghasilkan video baru seperti biasa kelak.
Kesimpulannya semoga pasangan YouTuber ini terus berjaya dan saling mendukung antara satu sama lain.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Meecks.com via TerengganuTv