“Aku bukan nak buka 4ib sendiri….”- Kecik tak bangga buat Dos4. Ini Pendedahan Kecik

Bekas vokalis Hyperact, Kecik menidakkan dakwaan yang mengatakan dia membuka 4ib sendiri bersama Fara Salleh wanita yang dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.

Jelas Kecik, ini adalah pengajaran kepada semua orang supaya tidak h4nyut sehingga mel4nggar ajaran agama Islam. 

“Aku bukan nak buka 4ib sendiri. Aku anggap benda ni sebagai pengajaran untuk semua orang supaya bila belum berkahwin jangan sesekali tinggal sebumbung.

“Masa tu agama pun entah ke mana,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.

Sebelum ini, di laman twitter miliknya, Kecik mended4hkan Fara Salleh adalah bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung.

Tambah Kecik, selepas peristiwa itu dia sudah dapat membezakan perkara yang betul dengan salah.

“Boleh tak korang fikir positif dengan apa yang aku cerita? Bukannya kita cerita untuk bangga diri buat dosa pun. Aiyoo.

“Sekarang ini alhamdulillah dah tau fikir mana betul mana salah,” tulisnya lagi.

Terdahulu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan Shuk Sahar bermain kayu tiga.

Lebih mengaibkan Shuk turut dituduh mengh4milkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak