Meskipun S. Pavithra sudah pun membuat ‘comeback’ di saluran rasmi YouTube, sepertinya masih ramai lagi tertanya-tanya tentang punca sebenar yang terjadi di antara dia dan M. Sugu.
Sebelum ini, rakyat tempatan terkejut apabila mendapat tahu bahawa suami kepada YouTuber popular itu dikatakan menyer4ng isterinya di sebuah hosital sambil membawa sabi1t dalam keadaan m4buk.
Meskipun ins1den tersebut di bawa sehingga ke mahk4mah namun wanita itu membuat keputusan untuk memaafkan suaminya.
Terbaru, Pavithra telah mengambil peluang yang ada ini bagi menjawab persoalan netizen selain membersihkan nama suaminya. Menurut wanita itu, kejadian tersebut tercetus dek sikap keluarganya yang mula menagih kesenangan mereka suami isteri.
“Keluarga saya yang tak sokong saya selama ini, selama 7 tahun saya berkahwin dengan Sugu. Tak pernah sokong saya, tak pernah tolong saya. Selepas saya dah ada duit dan berjaya macam sekarang ini, mereka muncul dan mula meminjam duit daripada suami saya.”
Malah Pavithra juga mengatakan bahawa mereka turut menimbulkan masalah lain ke atas keluarganya sehingga membuat suaminya mencari mereka di h0sp1tal berkenaan.
Walaubagaimanapun dia tidak menolak untuk mengaku bahawa Sugu juga bersalah akibat mencetuskan kekac4uan di tempat awam tersebut.
“Memang salah Sugu kerana minum pada hari tu tetapi dia bukanlah pemabuk.”
Dalam pada itu, Pavithra meluahkan rasa hairan kerana pihak media sering menulis berita mengenai keluarga mereka walhal hal mereka bukanlah suatu isu yang penting dalam negara ini.
Tak cukup dengan itu, YouTuber itu turut menyebut media sebagai salah satu punca kepada masalah yang terjadi pada keluarganya.
“Media juga salah satu sebab kami kehilangan privasi dalam keluarga kami selama 3 bulan ini.”
Tambahnya lagi, pihak media merumitkan lagi keadaan kerana menulis berita p4lsu mengenai dia dan Sugu selepas ins1iden tersebut.
“Selepas media masuk dalam keluarga kami, memang kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan kepada anak-anak dan ianya menjadi sangat sukar buat kami.”
Walaubagaimanapun, Pavithra mengakui hal yang terjadi sebelum ini adalah salah dia dan Sugu selain berjanji akan memuat naik video baru seperti biasa.
“Kami juga meminta maaf kerana memadam semua video dan kami juga akan muat naik video-video yang dipadam itu secepat mungkin.”
Selain itu, Pavithra menegaskan bahawa akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’ adalah milik dia dan suaminya. Tanpa Sugu, wanita itu mengatakan bahawa dia tidak boleh menghasilkan video seorang diri.
“Sugu yang rakam video untuk saya. Sugu juga yang menyediakan bahan-bahan untuk masak dan juga menjaga anak-anak, dia juga menyokong saya.”
Malah wanita itu menekankan bahawa klip pertama mereka yang tular ialah video masakan Sugu iaitu ‘Kari Ayam Tak Payah Tumis’ dan ‘Kari Ayam Pencen’ yang meraih sehingga 2 juta jumlah tontonan.
IPOH, 5 Jun — Youtuber Masakan, S.Pavithra,28, (kiri) bersama suaminya M.Sugu,29 teruja selepas melihat video Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut nama mereka semasa mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di seluruh negara hari ini.
Nasi beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval antara menu yang akan dimasak oleh pasangan YouTuber ‘Sugu Pavithra’ jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke rumah mereka.
Selain itu, Pavithra turut menjelaskan sebab utama kenapa dia menolak penganugerahan Ikon Perak. Katanya, anugerah itu hanya diberikan kepadanya walhal dia dan Sugu berdua yang memasak di saluran YouTube mereka.
Akhir sekali, Pavithra mengucapkan terima kasih kepada subscriber kerana terus menyokong meskipun mereka melalui kesusahan baru-baru ini. Malah wanita itu berharap agar keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini.
“Saya harap keluarga kami akan bertambah baik dan siapa pun tak boleh pisahkan keluarga kami. Keluarga kami ialah Sugu, Pavithra dan dua anak kami.”
Semoga Pavithra dan Sugu akan buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Kredit:beautifulnara
Sumber: YouTube
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : TerengganuTv