Kesempatan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha digunakan sepenuhnya untuk warga kota pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.
Senario jalan raya sesak menjadi lumrah setiap kali cuti perayaan.
Namun, seperkara yang menjadi bualan hangat di media sosial apabila sekeping foto beberapa pengguna jalan raya yang berhenti di kaki lebuh raya untuk menunaikan solat.
Menerusi perkongsian Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, situasi itu disebabkan keadaan surau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) yang terlalu penuh.
“Allahu, balik kampung dan surah highway terlalu penuh. Moga ditambah baik surau RnR,” tulisnya menerusi Facebook.
Sementara itu, kata menerusi akaun media sosial Jentik Hati, foto yang difahamkan dari Ustaz Zarul Salleh itu diambil ketika perjalanan ke negeri di Pantai Timur.
“Dulu suasana macam ni kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat mesir.
“Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. MasyaAllah.
“Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita. Ni dikatakan perjalanan ke Pantai Timur,” tulis pengendali akaun itu.
Bagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang berhenti di laluan kecemasan itu untuk menunaikan solat.
Malah, ada yang menyarankan pengguna yang bermusafir untuk menunaikan solat jamak atau qada.
“Islam tak pernah menyusahkan umatnya. Umatnya yang benak bdoh menyusahkan diri, kemudian tungg4ng agama,” tulis seorang pengguna di Twitter.
“Nak mar4h, tengah solat. Seelok-eloknya carilah RnR. Kalau penuh tak apa, qada’. Kalau musafir, solat jamak. Ingat, Allah itu memahami dan ingat juga menyebabkan kesulitan pada orang lain pun tak elok juga,” tambah pengguna lain.
“Rukhsah musafir stuck dalam traffic jam boleh jamak, qada dan solat dalam kereta. Tak perlulah berhenti tepi jalan begini. Bah4ya dan membah4yakan.
“Orang bukan Islam pun nampak agama kita membebankan,” saran pengguna lain pula.
Sementara itu, jelas seorang pengguna yang difahamkan ahli keluarga kepada individu dalam foto terbabit, @Sharizanis, ibunya ketika itu berhenti di bahu jalan untuk menunaikan solat Subuh.
“Itu solat Subuh. Siapa ajar jamak Subuh tu meh nak cubit sikit.
“Mulut masing-masing ya Allah takut Kadang-kadang anda perlu cuba untuk faham situasi terlebih dahulu dan positifkan diri.
“Bersangka baik daripada cakap benda tak elok tak sopan. Gambar ini ayah saya yang rakamkan,” jelasnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak via TerengganuTv