Ramai Tak Tahu, Keadaan Terkini Amran Tompel Buat Ramai Terkeejut

KUALA LUMPUR: Kesudian teman seperjuangan berkunjung ke Senawang, Negeri Sembilan, untuk menjenguk dirinya yang uzvr akibat ser4ngan angin ahmar membuatkan seniman serba boleh, Amran Tompel, terharu.

Amran atau nama sebenar, Amran Aman Ramlie, 70, yang sudah beberapa kali diser4ng angin ahm4r dengan ins1den terbaru, Mac lalu, tidak dapat menahan air mata setiap kali teman, sanak-saudara dan jiran tetangga bertandang.

Baru-baru ini, Amran yang pernah membintangi filem Keluarga 99, dikunjungi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid serta ahli lembaga pengarah dan beberapa pegawai sempena Program Ziarah Kasih FINAS.

Luah Amran kepada BH Online, beliau berbesar hati dan terharu dengan kunjungan Zakaria dan ahli lembaga pengarah FINAS.

“Seronok dapat bertemu kawan-kawan lama. Terima kasih kepada FINAS kerana mengambil berat keadaan diri saya dan sudi menghulurkan sedikit sumbangan.

“Sedikit-sebanyak sumbangan itu dapat meringankan beban saya,” katanya.

Amran yang juga adik kepada pelakon dan pelawak lagenda, AR Badul, bersyukur sejak terlantar sak1it, teman-teman menunjukkan keprihatinan mereka biarpun ketika negara dilanda penul4ran COVI1D-19.

“Paling saya tidak sangka dan amat terharu apabila menerima kunjungan Datuk Yusof Haslam dan Datuk Awie.

“Saya tidak sangka mereka sanggup datang sejauh ini untuk menziarah saya,” katanya yang tidak lagi mampu menggerakkan kaki dan tangan kirinya.

Amran yang menetap bersama anak lelakinya, Shafiq Arman, 26, turut dibantu bekas isteri, Anas Salmi, 52, untuk menguruskan dirinya.

Menurut Anas, setiap kali menerima kunjungan teman dan sanak-saudara, dia dapat melihat perubahan pada wajah Amran yang terharu dengan kehadiran mereka.

“Apabila ada kunjungan rakan-rakan, dia memang mudah seb4k. Mungkin secara peribadi, sewaktu masih kuat, dia jarang mempunyai kesempatan untuk berjumpa rakan-rakan.

“Mungkin kerana dulu, abang Amran jarang dapat tawaran lakonan. Boleh dikatakan rezeki dia dalam bidang seni agak berat,” katanya.

Anas berkata, Amran seb4k kerana masih ada pihak yang prihatin dengan dirinya biarpun sumbangan kepada dunia seni tidaklah banyak.

“Tetapi dia merasa sangat dihargai dan disayangi kerana ramai yang sudi datang dan menghulurkan bantuan.

“Sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak meringankan beban kami. Wang itu kami gunakan untuk membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan dan menjelaskan hutang abang Amran yang tertunggak,” katanya.

Dakwa Anas, bekas suaminya itu mempunyai hut4ng sewa rumah sebanyak RM30,000 yang tertunggak sebelum mereka berpisah lagi.

Pasangan itu berkahwin pada 1992 dan bercer4i kira-kira tiga tahun lalu. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata termasuk Shafiq.

Biarpun sudah berkahwin semula dengan lelaki lain, Anas tidak meminggirkan bekas suaminya itu. Malah, dia bersyukur apabila suami baharunya yang juga warga Pakistan, memberi keizinan kepadanya membantu anak-anak menguruskan Amran.

“Saya terpaksa berkorb4n berhenti kerja untuk membantu anak-anak menjaga bekas suami kerana bimbang mereka diberhentikan kerja.

“Apa akan jadi pada anak-anak jika mereka tidak bekerja. Siapa hendak beri mereka duit, jadi biarlah saya berkorb4n asalkan anak-anak ada kerja. Mereka juga ada kehidupan.

“Setakat ini, keadaan abang Amran, nampak ada perubahan. Dia sudah boleh makan. Sebelum ini, hampir sebulan dia tidak makan dan hanya minum air. Sekarang, dia sudah boleh mengambil makanan kasar,” katanya.

Anas berkata, tangan tangan dan kaki kiri Amran masih belum boleh bergerak, lemah longlai dan tiada tindak balas.

“Tapi jika kita terl4nggar, dia akan mengerang kesak1itan. Kami pernah ikhtiar membawanya pergi berurut tetapi dia mudah luntur semangat.

“Contohnya, baru-baru ini, saya bawa dia periksa mata untuk buat kaca mata tetapi doktor beritahu, matanya hanya berfungsi 10 peratus.

“Mendengar penerangan doktor, dia terus menangis kerana terlalu kecewa,” katanya.

Mereka juga merancang untuk membawa Amran ke sebuah klinik saraf atas saranan beberapa kenalan.

Sebelum ini, Anas memberi makanan tambahan kepada bekas suaminya itu. Selepas mengambilnya, Amran dilihat boleh bangun sendiri.

Namun, disebabkan harganya yang mahal, pengambilan makanan tambahan itu terpaksa dihentikan.

“Itu salah satu ikhtiar kami, bukan kami penat atau tidak mahu lagi menjaga dia. Kami berharap dia dapat kembali kepada kehidupannya yang dahulu. Sekurang-kurangnya dapat bergerak dan bertongkat untuk ke surau dan berjumpa kawan-kawan sudah memadai.

“Setakat ini, Amran tidak berapa larat kerana sebelah kiri tubuhnya tidak berfungsi. Namun, percakapannya masih jelas,” katanya yang sedang berikhtiar memohon bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bekas suaminya itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH via TerengganuTv