Esok sudah Wajib pakai Mask atau did3nda RM 1k, Ni 4 golongan tak perlu pakai Mask

Kerajaan sebelum ini telah menisytiharkan bahawa bermula 1 ogos 2020 ini, rakyat wajib memakai pelitup muka atau mask. Kewajipan ini ialah ketika mereka berada di kawasan umum, sesak dan pengangkutan awam.

Perkara ini dilaksanakan bagi mengekang penul4ran cov-19 dalam kalangan rakyat Malaysia yang dilihat semakin hari semakin meningkat.

Ia merupakan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jadi bagi sesiapa yang tidak mengikut peraturan tersebut boleh dikenakan denda RM1000 di bawah akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Berjangklt 1988).

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan tersebut dibuat ketika mereka mengadakan mesyuarat khas menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa arahan Kementerian Kesihatan itu juga membolehkan orang ramai memakai topeng muka yang dijahit sendiri namun perlulah mengikuti atau mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Oleh itu, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi bagi topeng muka buatan sendiri di media massa dan sosial. Jadi orang ramai boleh melihatnya di laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia.

4 Golongan tidak digalakkan pakai pelitup muka Menteri Kesihatan Malaysia melalui YB Dato Sri Adham bin Baba menjelaskan bahawa terdapat 4 golongan yang tidak boleh memakai pelitup muka atau mas.

Mereka ialah kanak-kanak berusia kurang 2 tahun, mereka yang sukar bernafas, individu yang tidak sedarkan diri dan kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Selain itu, Kementerian KEsihatan Malaysia turut mengingatkan rakyat agar mask tidak boleh dikongsi. Dan sesudah ia dipakai ia hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul

Sumber : kinisumber

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : TerengganuTv