“Imam Muda Syed Faris Ugvt Bekas Isteri..” – Hidayu Dedah Segalanya

KUALA LUMPUR: Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, mencer4ikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas cur4ng dan berkahwin dua menjadi bualan hangat.

Bukan sekadar meningg4lkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu did4kwa turut mengas4ri Nur Hidayu tanpa belas kasihan.

Guru sekolah tadika di Puchong itu mend4kwa, bekas suami mengugvt mahu mengambil lima cahaya mata mereka sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya, Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris mencer4ikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercer4i talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014.

“Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui BH Online.

Nur Hidayu mendakwa, bekas suami pernah dihidu menjalinkan hubungan dengan enam wanita, selepas program Imam Muda.

“Syed Faris tak menunjukkan sikap agresif ketika menjalinkan hubungan dengan lima wanita terdahulu. Namun, bersama wanita keenam yang kini isteri baharu, sikapnya mula berubah. Ada kala tak pulang ke rumah selama tiga hari dan pernah mengasari saya.

“Bekas suami juga tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Ibu kepada lima cahaya mata berusia 8 bulan hingga 12 tahun itu berkata, apa yang membuatkan dirinya membulatkan tekad untuk berpisah dengan bekas suami kerana enggan kehilangan keluarga.

Tidak tahan dengan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu.

“Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.

“Ibu mana yang suka melihat anak kena sepak ter4jang, jadi dia tidak mahu saya menunggu lagi. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.

“Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini,” dakwa Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih tidak mendedahkan kedangkalan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami yang langsung tidak bertanggungjawab.

“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, Syed Faris m4lu jika kisahnya tersebar.

“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup ai1bnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia sanggup campak pakaian dan menolak saya dari pintu rumah ketika tempoh PKP. Dia cakap ‘perempuan’ itu boleh melayannya seperti macam raja. Hanya Allah sahaja tahu betapa sed1hnya saya,” dakwanya.

Katanya, apabila bekas suami mengeluarkan kata sedemikian, tiada apa lagi yang boleh dipertahankan.

“Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi jika kata-kata sedemikian dilemparkan kepada saya.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami kegguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” dedah Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.

“Bekas suami menjalinkan hubungan secara senyap dengan wanita yang saya kenali. Wanita itu pernah datang menumpang tidur di rumah kami.

“Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami. Kami berada di Sibu selama seminggu.

“Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena,” dakwanya.

Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP

sejak membuat pengakuan berkahwin lagi.

“Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.

Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya,” katanya.

Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.

“Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.

“Bekas suami, seorang ustaz tidak mungkin tak tahu nafkah adalah satu kewajipan. Dalam ceramahnya mengenai isu poligami, dia sering menekankan suami perlu berlaku adil, tetapi kenapa tak amal apa yang diajar? Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, Syed Faris mengvgut mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dakwanya.

Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaiibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercer4i. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib dengan saya.

“Saya mahu mengubah persepsi masyarakat yang suka menvduh ibu tunggal suka mengg4nggu rumah tangga suami orang,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan komen Syed Faris tidak berjaya apabila pendakwah berkenaan enggan memberikan komen dengan memberi alasan sedang sibuk bekerja.

Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH via TerengganuTv