SEJAK 10 tahun berada di dalam industri seni, pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan Neelofa mengakui sudah l4li ditanya dengan soalan cinta dan perkahwinan.
Atas sebab itu, tatkala ditanya mengenai g0sip percintaannya dengan pendakwah bebas PU (Pencetus Ummah) Riz, pemilik jenama Nealofar itu tidak mel4tah dan hanya tertawa.
Katanya, selagi tidak ada kenyataan rasmi daripadanya maka segala cerita yang datang hanyalah khabar angin.
“Saya dah lali dengan g0sip cinta, soalan bila nak kahwin. Saya dan PU Riz sudah beberapa kali bekerjasama, lebih-lebih lagi selepas ins1den Zouk dahulu. Cuma sebelum ini projek kami tidak melibatkan media.
“Saya memilih dia untuk bekerjasama dalam Pertubuhan Kasih Neelofa yang ditubuhkan sejak bulan Jun lalu kerana dia berperanan dalam berurusan dengan media atau jurucakap. Bagi saya biarlah orang yang lebih ada pengetahuan dalam bidang seperti ini bercakap,” jelasnya.
Tambah personaliti berusia 31 tahun itu, dia meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun lagi dan mahu memberi komitmen penuh terhadap kerjaya seni serta perniagaan terlebih dahulu.
“Sekarang kalau ada kerja di luar negara atau terasa mahu bercuti, saya tak perlu minta kebenaran sesiapa atau perlu memikirkan tentang anak serta suami.
“Saya sendiri membayangkan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun lagi dan sekarang ini fokus saya hanya pada kerjaya dan perniagaan,” ujarnya.
Impian tercapai
Dalam pada itu, Neelofa tidak dapat berkongsi rasa gembira dan teruja apabila impiannya untuk tampil dengan program bual bicaranya sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Bercerita lanjut mengenai program tersebut, Neelofa memberitahu, sepanjang satu jam durasi bersiaran, penonton akan dapat melihat sisi lain tetamu yang tidak pernah ditunjukkan dalam mana-mana saluran sebelum ini.
“Sebenarnya sudah lama saya menyimpan impian untuk mengendalikan program seperti ini. Apa yang berbeza Next To Neelofa daripada program bual bicara lain, kita tiada segmen.
“Sebaliknya dari awal hingga akhir, saya akan cuba mencungkil rahsia individu terkenal ini dan rata-ratanya adalah kisah yang tak pernah diceritakan dalam mana-mana program sebelum ini.
“Konsep juga lebih santai dan penonton seolah-olah melihat saya dan tetamu berborak seperti kami berada dalam rumah sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Next To Neelofa yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Next To Neelofa bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Perancangan berubah
Sementara itu berkongsi perkembangan lainnya, Neelofa berkata, setelah w4b4k pandemik c0v1d-19 melanda dunia, dia juga tidak terkecuali terpaksa mengubah banyak rancangan kerjaya seninya.
Jelas Neelofa, dia sepatutnya menjalani penggambaran sebuah filem di Indonesia dan projek fesyen di Perancis.
“Kalau ikutkan saya membayangkan akan berada sebulan di Jakarta, sebulan di Paris dan kemudian kembali ke Malaysia secara bergilir-gilir.
“Tetapi c0v1d-19 telah mengubah semua perancangan itu. Apa pun saya bersyukur dan melihat dugaan ini ada hikmahnya kerana saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
“Malah selepas ini, saya akan lebih memilih untuk memastikan saya ada lebih banyak masa bersama keluarga. Sebenarnya ada dua tawaran berlakon lain tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu berada di set terlalu lama dengan situasi kini,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai Pertubuhan Kasih Neelofa, Neelofa berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan RichWorks International untuk sumbangan ibadah korban sebanyak 151 ekor lembu yang akan diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.
Neelofa juga pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi terlibat secara langsung dengan ibadah korban dan akan melakukan agihan kepada ank yatim dan asnaf.
“Saya teruja kerana sebelum ini hanya menjalani ibadah korban dengan keluarga rapat, tapi kali ini saya terlibat secara langsung.
“Insya-ALLAH akan ada banyak lagi program di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa selepas ini,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar