GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran berhubung kemungkinan tiada ‘penyelesaian’ bagi c0v1d-19, walaupun usaha mencari vaksin berkesan dipercepatkan.
WHO menggesa kerajaan dan rakyat untuk fokus melaksanakan perkara asas, antaranya saringan, pengesanan kontak, terus mengamal penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi membendung penul4ran c0v1d-19 yang menjejaskan kehidupan normal hingga mencetuskan krisis ekonomi di seluruh dunia.
“Kita berharap ada beberapa vaksin berkesan yang boleh membantu mencegah orang ramai daripada dij4ngk1ti. Bagaimanapun, tiada penyelesaian ketika ini dan berharap ia dapat diatasi nanti.
“Ketika ini, menghentikan penul4ran adalah berpanduk4n amalan asas kesihatan awam dan kawalan peny4kit. Lakukan semuanya,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sidang video.
c0v1d-19 mengorbankan hampir 690,000 orang dan menj4ngk1ti sekurang-kurangnya 18.1 juta orang, sejak penul4ran bermula di Wuhan, China, Disember tahun lalu.
Pada Mei lalu, WHO mendesak China menjemput pakar bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti haiwan yang menjadi punca v1rus c0v1d-19.
Pada 10 Julai lalu, WHO menghantar pakar epidemiologi dan kesihatan haiwan ke Beijing untuk meneliti kawasan w4b4k bagi mengenal pasti punca penyebaran v1rus hingga menj4ngk1ti manusia itu.
Tedros berkata, misi kumpulan pakar terbabit kini sudah selesai.
“Pasukan WHO yang berkunjung ke China sudah menyelesaikan misi mereka di kawasan w4b4k untuk menjalankan usaha sama lebih lanjut bagi mengenal pasti punca v1rus ini.
“WHO dan pakar China sudah merangka terma rujukan bagi program dan kajian bagi pasukan antarabangsa, diketuai WHO. Pasukan ini turut membabitkan saintis dan pengkaji terkemuka dari China dan seluruh dunia.
“Kajian epidemiologikal akan bermula di Wuhan bagi mengenal pasti potensi sumber j4ngk1tan kes awal. Bukti dan hipotesis dihasilkan melalui kerja di kawasan w4b4k yang dijangka mengambil masa panjang,” katanya.
Gabungan itu bagaimanapun belum kembali ke Ibu Pejabat WHO di Geneva untuk sesi taklimat.
Saintis percaya v1rus pembvnuh itu disebarkan daripada haiwan ke manusia, berkemungkinan dari pasar di bandar Wuhan yang menjual d4ging haiwan eksotik.
Ketika awal w4b4k itu, Pegawai China menjelaskan, ia mungkin tersebar dari pasar di bandar berkenaan yang menjual haiwan hidup dan li4r, bagaimanapun belum ada pengesahan lebih lanjut mengenainya. – AFP
Artikel berkaitan:
7,000 penduduk kena PKPD TEMCO angk4ra kluster restoran nasi kandar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH