5 Tahun Menunggu, Ameer Sofazr Bakal Bergelar Bapa

Berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram nya, penyanyi Ameer Sofazr telah memaklumkan bahawa isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif kini sedang sar4t meng4ndung anak sulung mereka.

Penantian Selama 5 Tahun 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TB sunset at klanang #sunsetphotography #sunsetlover #pantaiklanang #syukurselalu

A post shared by amir Mahiyiddin (@ameer_sofazr) on

Menurut empunya nama sebenar Amir Mahiyiddin ini, keh4milan itu cukup bermakna buat dirinya dan isteri setelah lima tahun mendirikan rumah tangga. Dalam perkongsian itu, kelihatan gambar terkini mereka yang menampakkan ‘baby bump’ pada perut isterinya.

Luah Rasa Syukur

Di kesempatan itu, Ameer turut menitipkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan serta mengucapkan terima kasih buat keluarga dan sahabat yang mendoakan untuk mereka selama ini.

Rata-rata peminat dan kenalan artis turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah di atas perkhabaran tersebut. Sebagai info, Ameer dan Saidatul telah mendirikan rumahtangga sekitar Januari 2015.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my