PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji sama ada kluster Sivagangga di Kedah merupakan kluster ‘super-spreader’ iaitu berupaya menj4ngk1ti ramai orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini memandangkan kluster Sivangangga mereb4k dengan cepat berbanding kluster di Sarawak dan sebagainya.
“KKM kena laksana ujian dengan teliti dan akan kulturkan v1rus tersebut di makmal serta melihat kepada susunan genomik,” katanya pada sidang media perkembangan c0v1d-19 di KKM di sini hari ini.
Jelasnya pada masa ini KKM berjaya mengawal peningkatan mendadak kes c0v1d-19 daripada kluster Sivagangga.
Mengulas mengenai j4ngk1tan yang berlaku di Australia, Dr Noor Hisham berkata, c0v1d-19 mereb4k di Victoria kerana seorang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) di pusat kuarantin dan menj4ngk1ti seluruh komuniti dan satu negeri.
“Petang tadi saya mengadakan telesidang dengan rakan sejawat saya di Melbourne. Saya dimaklumkan kes j4ngk1tan tertumpu kepada seorang individu yang balik dan membawa j4ngk1tan kepada semua orang,” katanya.
Beliau berkata keadaan itu adalah sepertimana berlaku dalam kluster Sivagangga.
“Seorang individu yang balik dan membawa j4ngk1tan tetapi tidak mematuhi SOP akan menyebabkan orang lain dij4ngk1ti,” katanya.
Mengulas mengenai penglibatan KKM dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti, Dr Noor Hisham berkata, SOP yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan akan digunakan di PRK DUN Slim, bakal dijadikan penanda aras.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi bagi menambah baik SOP yang akan disyorkan pada PRN Sabah, kelak.- Bernama
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : sinar