Neelofa Umum Berita Gembira, Impian Tercapai

Pengacara, pelakon dan usahawan popular, Neelofa, 31, dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara jenama kecantikan antarabangsa Lancome.

Pelantikan terbabit sekali gus menjadikan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini sebagai individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan yang berasal dari Perancis itu.

Menurut hos rancangan Next to Neelofa ini, dia menzahirkan rasa kesyukuran serta terharu atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej muslimah berhijab di mata dunia.

“Jenama kecantikan ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu.

“Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita,  dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.

“Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini, lebih-lebih lagi menjadi individu berhijab pertama.

“Ia satu tugas yang besar dan tanggungjawab baru yang perlu saya bawa. Sejujurnya, sukar nak percaya apabila saya berjaya sampai ke tahap ini,” katanya.

Mantan hos program hiburan MeleTOP ini juga merasakan ia sebagai salah satu jihad kecilnya memperkenalkan imej muslimah di mata dunia.

“Mewakili wanita muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai ji1had kecil saya. 

“Saya mahu membuktikan wanita berhijab juga boleh melakukan pelbagai perkara luar biasa. Saya harapkan jalinan ini dapat mendapat keberkatan daripada-Nya,” kata Neelofa.

Wanita jelita ini ditemui majlis pengumumannya sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi.

Tambah Neelofa lagi, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat Malaysia kerana selama ini, wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara-negara lain.

“Jenama ini sering tampil dengan wajah dan duta dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.

“Siapa sangka, akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita.

“Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk kecantikan ini, mereka akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021.

“Sebelum ini, mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga bakal diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura,” katanya.

Jangan lupa saksikan program terbaru yang dihoskan olehnya, Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم‎ 12PM TODAY .. #SpecialAnnouncement

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via AppleHijau