“Pengalaman bila hilang ig /followers ni. Ada yang ikhlas tolong repost n promote ig baru Linda.. ada jugak yang tanya khabar dalam watsaap n doa yang baik.. tetapi ada jugak yang somb0ng n terus bo1ikot linda sebab hilang followers.”
Akhirnya, setelah kehilangan laman media sosial Instagram selama tiga bulan, selebriti Linda Rafar berjaya mendapatkan kembali akaun yang memiliki 901,000 pengikut tersebut.
Dengan post terakhir pada 26 April 2020 dan post pertama (selepas mendapat akaunnya kembali) pada 26 Julai 2020, Linda mengucapkan syukur kepada beberapa pihak yang membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
Linda turut menyatakan ia adalah masa terbaik untuk mengenali rakan dan lawan kerana ada yang terus bersamanya dan ada juga yang terus men1ngg4lkannya kerana sudah tidak merasakan dirinya penting lagi.
Kredit foto :IG
Menurutnya lagi, dugaan tersebut mematangkan dirinya untuk mengenali rakan dan lawan.
“Tak putus-putus jugak online seller yang cancel review sebab takda followers katanya so tak berminat nak deal.”
Kredit foto : IG
Namun, berkat bantuan Yang Maha Esa, dia tetap bersyukur kerana sedar semua itu mematangkan lagi dirinya.
“Yang ikhlas tetap dihati, yang hina dan sombong Linda ingat sampai m4ti.”
Kredit foto : ig
Linda juga berjanji untuk berkongsi cara bagi membantu mereka yang kehilangan akaun selepas ini.
Baguslah Linda sudah mendapat akaunnya kembali. Maklumlah, untuk mengumpul jumlah pengikut sehingga hampir 1 juta bukannya mudah. Cuma, selagi belum mendapat pengesahan dari Instagram (blue tick) tetap perlu berhati-hati ya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : – CARI via AppleHijau