‘Bubur Som Som Favourite Tun Dr. Mahathir & Tun Siti Hasmah’ Chef Wan Tersentuh Kenangkan Kemesraan Lovbirds Ni!

Jelas kelihatan wajah kegembiraan Datuk Chef Wan dan team De.Wan 1958 di sosial media apabila di beri peluang buat kali kedua untuk menyediakan hidangan enak sempena meraikan ulang tahun perkahwinan Negarawan ulung Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Tentunya momen-momen ini akan menjadi kenangan terindah selamanya.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir meraikan 64 tahun anniversary perkahwinan dan alhamdulillah dalam usia 90an, pasangan ini di beri kesihatan yang baik. Majlis sederhana tetapi elegan telah diraikan bersama anak-anak dan cucu tersayang.

 

“Saya dan my team De.Wan sangat teruja, bertuah dan gembira diberi peluang ini. Ianya satu kenangan terindah kerana bukan semua berpeluang di beri kesempatan ini, syukur alhamdulillah. Tun dan keluarga sangat suka makanan dari De.Wan. Tun selalu cakap dengan saya, ‘Saya suka makanan Chef Wan ni sebab setiap dish itu mempunyai rasa yang berlainan dan sangat sedap’. Flavour is there, tidak terlampau pedas atau manis. Tun tidak suka makanan yang banyak sangat lemak, Tun suka yang masakan ringan seperti bakar-bakar.

Malam tu kita hidangkan udang galah segar yang di bak4r, Tun sangat suka cicah bersama sos. Tun tidak makan ikan tetapi kami sediakan juga buat anak-anak dan cucu. Walaupun Tun bukan seorang yang suka makan banyak, tetapi dia akan menikm4ti semua makanan itu sikit-sikit. Hidangan lain yang menjadi kegemaran Tun, kerabu pucuk paku, pomelo dan kuzi kambing. Turut dihidangkan rendang dan gulai udang nenas.

Pencuci mulut, Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah sangat suka Bubur Som Som yang tidak terlalu manis, kita hanya letak sedikit gula sahaja. Alhamdulillah, persediaan makanan untuk majlis ini tidaklah terlalu sukar kerana kami sudah biasa dan bukan sesuatu yang baru. Keluarga Tun pula selalunya travel ke sana-sini dan kerap kali dihidangkan dengan makanan western. Jadi kalau ke restoran De.Wan mereka sangat gembira untuk menikm4ti hidangan Melayu yang berkualiti,” jelas Datuk Chef Wan.

Sambil menikm4ti hidangan enak dari De.Wan 1958, pasangan kesayangan rakyat Malaysia ini turut teruja menikm4ti pemandangan indah kota metropolitan Kuala Lumpur berlatar belakangkan kemegahan bangunan KLCC. Tentu sahaja merupakan salah satu seni bina kebanggaan buat Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.

“Saya ingin berkongsi sedikit buat semua, sewaktu kami bertiga sama-sama berdiri melihat Menara KLCC, saya berkata kepada Tun… Kalau dulu ramai yang menunding jari mengvtuk Tun dan mungkin hari ini masih ada juga, mengata memb4zir buat bangunan ini, KLIA, Cyberja dan Putrajaya. Tetapi inilah mercu tanda negara yang kita semua sentiasa bangga malah bukan kita sahaja, seluruh dunia. Saya bangga sebagai rakyat Malaysia dengan apa yang telah Tun laksanakan. Saya percaya, semua ini adalah tanda ingatan buat generasi kita seterusnya, pengorbanan Tun kepada negara Malaysia.

Tun senyum dan pusing kepada saya dan berkata, ‘Tapi saya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia Chef Wan!’ Saya menjawab, ‘Tak mengapa Tun, sekarang masanya buat Tun berehat. Walaupun Tun bukan lagi Perdana Menteri tetapi percayalah ramai rakyat Malaysia selalu fikir Tun adalah Perdana Menteri Malaysia terbaik di hati kami semua…”

Pesanan terbaik Tun Dr. Mahathir buat Datuk Chef Wan, “Chef Wan tolonglah memartabatkan makanan Melayu di mata luar dan bantulah chef-chef lain untuk turut berjaya seperti Chef Wan. Tun juga ingatkan saya, kalau masak makanan berkhasiat dan jangan makan berlebihan untuk menjaga kesihatan kita. Kalau pergi ke sekolah-sekolah, tolonglah nasihat anak-anak kita jangan ada sikap malas, perlu sentiasa berusaha dan perlu bekerja keras. Saya percaya, Chef Wan adalah yang terbaik untuk menasihat generasi muda ini seperti mana seorang bapa menasihati anaknya.”

Ucapan Datuk Chef Wan buat pasangan romantis ini, “Happy Anniversary buat Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Pasangan ini menjadi contoh terbaik kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun dalam keadaan rutin hidup yang sibuk tetapi mereka telah membesarkan anak-anak dengan baik dan berjaya. Saya dapat lihat kekuatan kasih sayang dalam keluarga ini sangat erat, alhamdulillah. Semoga perkahwinan terus kekal bahagia sepanjang hayat mereka.”

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona