“Terasa Kenapa? Aku Burvkkan Apa?” – Michael Ang Bid4s Dakwaan Fikry Ibrahim

Pengarah Michael Ang membi1das d4kwaan Fikry Ibrahim mengenai d4kwaan menjejaskan reputasi dan kredibilinya sebagai pelakon.

Menerusi akaun Instagramnya, Michael juga mendedahkan per4ngai sebenar Fikry selepas aktor itu membuat kenyataan berkaitan dengan seorang pengarah dalam sebuah program hari ini.

“@fikryibrahim Sila hadam Ini! @meloditv3 boleh guna ni untuk response I! Semua orang tahu kalau aku nak sembur orang aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyj!

“Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list pelakon yang I nak. Station yang nak walaupun I dah cakap kalau boleh I tak nak guna you selepas mengenali per4ngai you masa sh00t Rahsia Hati Perempuan dan tahu apa you buat kat set Akasia.

“Tapi station nak sangat I offer you. Kalau ikut logik bila you tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih dan pada 2 -3 orang yang dm aku nak defend idola you all. Sila tengok video ni dan hadamkan jugak! Luv u all stay safe,” tulisnya.

Menerusi video itu juga Michael turut menjelaskan mengenai pembayaran harga lakonan.

“Alah Fikry cakap jelah nama aku. Aku kan orang tu, memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap v1rus FI tu kau ke? Kau bacalah tu ada ke orang teka kau?

“Kalau korang semua nak tahu senang je, ya memang aku offer dia. Waktu aku offer dia, dia kata okay. Dia cuma cakap dia ada Keluarga Badon, 13 episod dan shot lebih kurang 10 hari je.

“Mungkin salah aku sebab aku tak deal harga. Tapi itu memang kebiasannya, tanyalah semua artis yang pernah kerja dengan aku. Kau pun pernah kerja dengan aku. Kau tanyalah manager kau tu.

“Kadang-kadang bila dah masuk set baru aku deal harga tapi aku tak pernah kurang, aku tak pernah rasa ada artis yang kata aku bayar dorang kurang. Tu kisah sebenarnya.

“Dan kata aku burvkkan kau, aku burvkkan apa? Aku cakap dengan orang station yang kau mula-mula 10 hari lepas tu kau ada drama sebab itu kau tak nak buat. Jadi aku rasa macam tu. Tapi mereka ada tanya betul ke sebab tu?

“Kemudian aku cakaplah mungkin bukan, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, you tak nak sebab dia adalah satu management yang you dulu pernah berada dalam tu. I cakap tu je. I kata mungkin, I tak kata ya ke tak,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@fikryibrahim Sila hadam Ini! @meloditv3 boleh guna ni untuk response i! Semua org tahu Kalau aku nak sembur org aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyj! Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list Pelakon yang I nak. Station yg nak walaupun i dah cakap kalau boleh i tak nak guna u selepas mengenali perangai u masa shoot Rahsia Hati Perempuan and tahu apa u buat kat set Akasia. Tapi station nak sgt I offer u. Kalau ikut logic bila u tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih and pada 2 -3 org yg dm aku nak defend idola u all Sila tgk video ni and hadamkan jugak! Luv u all stay safe. FOOTNOTE : KAU ORG NI PUN NAK KOMEN SILA TAHU FACTS YA! POSTING AKU NI MEMBALAS APA ORG MULAKAN DULU NYA. BAGI AKU THIS ISSUE IS NOTHING JUST DEFENDING MYSELF!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Terdahulu, Fikry dalam satu kenyataan mengatakan yang seorang pengarah mendakwa dirinya seorang penipu yang melibatkan sebuah drama.

KUALA LUMPUR: Nama Fikry Ibrahim, 26, bersih tanpa palitan kontr0versi membabitkan soal disiplin kerja. Ini berikutan pelakon dan pengacara popular itu cukup menjaga kredibiliti sepanjang empat tahun membina nama.

Sebaik mungkin pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu tidak mahu menimbulkan masalah dengan mana-mana pihak untuknya mencari rezeki. Namun, kesabaran Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim tercabar, baru-baru ini.

Pemenang tempat ketiga program realiti, Lawak solo pada 2016 itu beng4ng terhadap tindakan seorang penerbit yang didakwa cuba mencalarkan reputasinya di laman sosial.

Menjelaskan punca tercetusnya ins1den itu, Fikry mendakwa, ia berlaku berikutan sikap tidak profesional penerbit yang juga pengarah terkenal itu.

“Ada seorang pengarah menawarkan saya projek di bawah syarikat produksi dan bertanyakan jadual. Saya pula tidak berani berjanji memandangkan ada komitmen kerja lain yang sudah dipersetujui dari awal.

“Bagaimanapun, pengarah itu tidak kisah menunggu dan berjanji untuk menghubungi pengurus untuk membincangkan perkara ini. Saya terkejut mendapati nama saya termasuk dalam kumpulan Whatsapp untuk produksi itu, seolah-olah saya sudah bersetuju. Walhal, tiada sebarang persetujuan atau hitam putih daripada pihak pengurusan saya.

“Lebih membuatkan saya bengang apabila pengarah berkenaan memuat naik video di laman Instagram (IG) dan memburvkkan nama saya. Walaupun tidak menyebut nama, tetapi dengan bayangan diberikan, saya tahu ia ditujukan kepada saya,” dakwa pelakon yang berasal dari Jitra, Kedah itu.

Tidak mahu situasi berlanjutan dan dengan niat mahu mencari jalan penyelesaian, Fikry berkata, dia cuba menghubungi pengarah berkenaan, namun gagal.

“Setiap kali saya menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan, panggilan tidak pernah berjawab. Jika betul, saya bersalah, jawab panggilan saya dan tunjukkan bukti.

“Saya harap pengarah berkenaan hentikan segala ‘drama’ yang diciptanya. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak terutama membabitkan soal kerja. Jika dia teruskan perbuatannya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya kepada BH Online.

Wajah Fikry dilihat menghiasi video muzik dua artis popular, Siti Nordiana dan Zulin Aziz. Cuma bezanya, menerusi video muzik Siti Nordiana berjudul Angkara, Fikry membawakan karakter serius, manakala dalam video muzik Zulin berjudul Followback, tampil dengan watak lucu.

Begitulah hebat penangan jejaka berkulit hitam manis itu hingga menjadi rebutan dua wanita yang berstatus solo untuk muncul dalam video muzik mereka.

Mengulas perkara itu, bekas graduan Komunikasi Massa itu berkata, dia menerima tawaran atas dasar persahabatan.

“Saya dengan Siti Nordiana dan Zulin sudah kenal lama, saya tak mahu mengecilkan hati sesiapa. Apabila mereka menawarkan saya untuk muncul dalam video muzik, kebetulan pula tak sibuk, jadi saya terima sahaja.

“Cuma, saya tak sangka dua video muzik ini keluar dalam waktu yang hampir sama. Saya ada memberi nasihat, tetapi mereka mempunyai sendiri. Tetapi, tak mengapa kerana watak saya dalam video muzik mereka berbeza perwatakan dan penampilan.

“Lagipun, apabila dua video muzik ini keluar pada waktu yang hampir sama, ia juga boleh membantu dari segi publisiti. Orang yang tak minat Zulin, mungkin akan tengok video muzik Siti Nordiana kerana ada wajah saya di dalamnya, begitulah sebaliknya,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK