[VIDEO] Asri dedah dia dapat satu panggilan dari Ayahanda kawasan

Petang ini menteri KDN sendiri bersama Asri datang ke Sungai Buloh untuk meninjau situasi semasa

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditemani Asri Janggut melakukan tinjauan di sekitar Bandar Baru, Sungai Buloh bagi melihat sendiri premis perjud1an, penjualan r0kok selud0p dan perniagaan yang dijalankan warga asing seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Asri yang di temuramah wartawan juga memberitahu hari ini pihak MBSA telah datang sekali lagi melakukan operasi menutup mana-mana permis yang mel4nggar peraturan termasuklah pegerai-pegerai kecil

Menurut Asri lagi, dia mengambil kesempatan merayu kepada pihak MBS supaya memberi kelonggaran kembali kepada pegerai-pegerai kecil untuk terus mencari rezeki di kawsan tersebu

Asri juga meminta maaf kepada kawan-kawan pegerai kecil lain yang terkesan selepas video yang di buat beliau tular

Asri terima panggilan dari Ayahanda kawasan

Ketika ditanya wartawan mengenai ancaman yang beliau terima, Asri mendedahkan dia ada menerima satu panggilan dari seorang individu yang tak di kenali mengaku sebagai Ayahanda di kawasan tersebut dan memberi amaran kepada Asri bahawa apa yang di lakukan beliau (mendedahkkan pusat jvdi) adalah tidak patut

Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid Bercakap Kepada Media Berkaitan Kes Viral Kedai Jvdi Berleluasa di Bandar Baru Sungai Buloh.

PENGUSAHA Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mendedahkan beliau ada dihubungi individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan jvdi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.

Mohd Asri, 42, berkata, individu berkenaan yang mengaku sebagai ‘ayahanda’ kawasan itu menghubunginya melalui panggilan telefon, semalam.

“Individu itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan jvdi di kawasan ini dan kata perkara itu adalah salah, namun tiada ugvtan diterima

“Saya sudah merujuk perkara itu kepada pihak p0lis menerusi perjumpaan dengan Ketua p0lis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh ketika hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meninjau lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai premis jvdi di kawasan berkenaan.

Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung di akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis jvdi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, walaupun tiada ugutan diterima daripada mana-mana pihak berhubung pendedahan itu, beliau yakin keselamatannya masih terancam.

“Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bah4ya itu akan datang kemudian kerana isu ini masih ‘panas’.

“Dalam perkara ini, pastinya ada risiko kerana mesti ada rasa dend4m terhadap saya akibat membuat pendedahan berkenaan. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Mengulas mengenai perjumpaannya bersama Abdul Hamid, beliau berkata, Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada pihak p0lis.

“Ketika perjumpaan tadi, Ketua p0lis Negara mengucapkan terima kasih atas maklumat ini dan meminta untuk saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.

“Dalam perjumpaan itu, beliau memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara ini.

“Malah, Ketua p0lis Negara memaklumkan akan membanteras kegiatan jvdi kerana beliau tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini,” katanya.

Sementarai itu, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan p0lis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.

“Saya sudah memaklumkan kepada pihak p0lis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai p0lis bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya yang memaklumkan sudah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak p0lis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Salur maklumat, jangan tularkan’-KP Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – p0lis meminta orang ramai supaya tidak menularkan sebarang kegiatan perjvdian di Kuala Lumpur, sebaliknya menyalurkan maklumat untuk tindakan serbuan dan tangkapan.

Ketua p0lis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, masyarakat boleh menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan jen4yah (JSJ) Kuala Lumpur yang dibuka selama 24 jam di talian 03-21460670 atau WhatsApp di talian 017-3169779.

“Jika ada maklumat tentang kegiatan perjvdian atau gangsterisme, salurkan maklumat dengan tepat kepada bilik gerakan kita untuk tindakan.

“Tak guna untuk ditularkan kerana ia sedikit sebanyak akan g4nggu siasatan. Ia boleh akibatkan masalah lain seperti ancaman kepada pengadu itu sendiri. Paling baik, hubungi kami yang mana identiti pengadu ini dirahsiakan.

“Kalau tular sebegitu, sudah tentu orang tahu siapa yang beri maklumat. Sekiranya aduan itu disalurkan terus kepada p0lis, identiti itu dirahsiakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kamera Rakaman Litar Tertutup (CCTV) Pengecaman Wajah di KK Mart, Taman Desa Petaling di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai.

Terdahulu, p0lis akan memanggil seorang pemilik gerai burger dikenali Asri Janggut dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjvdian dan penjualan r0kok selvdup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Ketua p0lis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima dua laporan p0lis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Sungai Buloh dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan f1tn4h dan meros4kkan imej p0lis Diraja Malaysia dalam menangani kegiatan perjvdian di Sungai Buloh.

Malah, maklumat yang diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/