Menteri KDN jumpa Asri Janggut, jamin ambil tind4kan terhadap anggota p0lis terlibat jvdi har4m

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota p0lis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati terlibat dalam aktiviti melindungi perjvdian har4am di Sungai Buloh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau memandang serius perkara itu dan akan memastikan anggota yang terlibat dikenakan tindakan disiplin berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

Katanya, perkara sama turut dibuat terhadap pihak yang melakukan kesalahan berkenaan sebagaimana didakwa oleh pemberi maklumat.

“Bukan sahaja kepada orang yang melakukan (pusat judi haram), begitu juga dengan anggota PDRM yang ada di situ.

“Kalau betul-betul mereka terbabit kita akan bagi kepada jawatankuasa disiplin untuk memastikan mereka boleh diambil tindakan mengikut apa yang patut kita akan buat,” katanya pada sidang media di Pejabatnya di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Asri Janggut’ bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan berhubung aktiviti perjvdian dan perniagaan har4m di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Beliau mahu mendapatkan gambaran sebenar daripada Asri berhubung pendedahannya selain memberikan nasihat ekoran pendedahan yang dibuat boleh mengundang risiko kepada dirinya dan keluarga.

Dalam pada itu Hamzah turut memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak sesekali membuat pendedahan secara terbuka mengenai aktiviti har4m sebagaimana yang dilakukan oleh Asri.

Ini kerana katanya, beliau bimbang pihak yang mended4hkan maklumat itu akan mendapat anc4man dan adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Lain kali buat video elok-elok dan hantar kepada saya. Video itu boleh dihantar ke pejabat saya di KDN (Kementerian Dalam Negeri) di Putrajaya.

“Jangan buat macam Asri divir4lkan, nanti jadi macam-macam masalah. Belum sampai kepada saya dah jadi isu. Nanti jadi masalah kepada diri dan keluarga dia (Asri).

“Kalau ada orang nak buat hantar kepada saya dulu. Biar saya tengok dan saya buat penyelidikan yang lebih sesuai mengikut perundangan yang ada ,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita