JOHOR BAHRU: Semua anggota dan pegawai p0lis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali memb0c0rkan maklumat yang disalurkan orang awam.
Sebaliknya anggota dan pegawai perlu melindungi orang awam yang menyalurkan maklumat itu.
Ketua p0lis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.
“Kalaulah ada keb0c0ran di pihak saya, yang pasti saya akan ambil tindakan dan saya telahpun mengambil tindakan kepada anggota dan pegawai p0lis yang terlibat dalam memb0c0rkan rahsia.
“Kalau tengok dalam konteks Op Benteng, 14 pegawai dan anggota p0lis saya tangkap dan ada anggota p0lis Muar kita tangkap kerana bersekongkol dalam (sindiket) penyelvdup4n sy4bu… jadi tindakan saya dah ambil.
“Saya nak bagi amaran pada semua pegawai dan anggota p0lis Kontinjen Johor, kalau ada bukti mereka sekongkol b0c0rkan maklumat salurkan orang awam, tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.
Tambahnya, PDRM Johor tidak akan bertolak ansur pada mana-mana anggota mahupun pegawainya yang mel4ngg4ar integriti kep0lisian.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi pemantauan pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Seri Alam awal pagi tadi, bagi memastikan pusat hiburan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
ser4mai 68 individu telah diperiksa di tiga premis pusat hiburan di sekitar Johor Jaya dan pusat bandar raya.
Daripada jumlah itu, seorang individu yang juga merupakan pemilik premis dikenakan tindakan di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : wowberita