Gadis 15 tahun penggembala lembu

KOTA BHARU – Usia yang baru mencecah 15 tahun tidak menghalang seorang remaja bergelar penggembala lembu sado di Kampung Tebing Tinggi, Pengkalan Chepa di sini.

Pelajar Tingkatan Tiga itu, Nur Farisya Azhar berkata, sejumlah 40 lembu baka kacukan Charolais, Limousine, Belgian Blue, Bali, Brahman dan Kedah-Kelantan dalam jagaannya itu dianggap ‘kekasih hati’ dan sentiasa mendapat perhatiannya.

Lembu milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 49, itu kini diternak di sebuah ladang seluas empat hektar sejak dua tahun lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Tarbiah Mardhiah, Pancor berkata, dalam tempoh itu juga, dia turut memahami bunyi lembu yang meminta makanan apabila kelaparan.

“Saya akan terus ke ladang untuk menguruskan ternakan itu sebaik sahaja pulang dari sekolah pada jam 2 petang.

“Kalau lembu ini nampak saya, mereka akan mengeluarkan bunyi ‘boh’, tanda hendak makan dan perlu segera memberikan rumput dan memastikan semua haiwan ini kenyang,” katanya ketika ditemui di Ladang Selinap, Pengkalan Chepa di sini.

Nur Farisya turut berkongsi cara menanam rumput jenis napier dan dia tidak kekok menggunakan sabit untuk mencerut rumput sebanyak 45 kilogram (kg) sehari bagi memberi lembu-lembu tersebut makan.

“Lembu-lembu ini berbadan sado dan kuat makan.

“Berat mencecah antara setengah tan sehingga satu tan manakala nilainya bermula RM11,000 hingga RM35,000 seekor.

“Saya juga semakin sayang dan sentiasa membelai lembu ini dan suka bersandar pada badan haiwan ini walaupun beza saiz kami 10 kali ganda,” katanya yang pernah ditanduk ketika bermain-main dengan haiwan ternakan itu namun tidak mengalami keced3raan serius.

Tambah anak kedua daripada 12 beradik itu, dia tidak malu mengaku sebagai penggembala lembu malah rutin hariannya yang bergelumang dengan n4jis haiwan itu sudah menjadi kebiasaan selain bercita-cita untuk memiliki ternakan sendiri satu hari nanti.

“Saya mula menternak pada usia 10 tahun ketika bapa memelihara 40 ekor kambing. Kini jumlah kambing mencecah 100 ekor. Ladang kami juga guna sistem integrasi yang turut mempunyai tanaman pokok kelapa yang menghasilkan nira.

“Kerja-kerja membersihkan n4jis ternakan pula dilakukan pada setiap hari, malah sudah biasa dengan baunya. Elok lagi bau n4ajis lembu daripada terhidu n4jis manusia,” katanya.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar