Tak Kisah Berkawan Dgn Suami Orang! Ramai Terkejut Bila Tahu Umur Wan Sharmila Yg Sebenar

Industri cantas mencantas dilihat semakin menjadi kegemaran ramai wanita sejak akhir-akhir ini. Akibat tamak dan terlalu pentingkan kebendaan sehingga sanggup seseorang wanita itu jadikan lelaki berstatus suami orang sebagai pilihan singkat demi kebahagiaan diri.

Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 mengisarkan jalan cerita konflik ibu mertua dan isu orang ketiga dalam rumah tangga. Bukan kisah drama tersebut yang ingin penulis kongsikan tetapi watak yang turut menjadi tempias, iaitu Sofi yang dilakonkan oleh Wan Sharmila.

UMUR DAH NAK MASUK 40 TAHUN, WAN SHARMILA MASIH LAGI SOLO

Ramai yang tidak menyangka bahawa pelakon berkenaan sudah pun menganjak usia 39 tahun. Namun sehingga hari ini, dia masih lagi belum ada perancangan menamatkan zaman solonya itu.

Selesa disapa sebagai Lala, dia pernah berkahwin pada tahun 2007 dengan pasangannya bernama Fazli Bahrom yang juga seorang penerbit drama. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila masing-masing bersetuju membawa haluan sendiri selepas dua tahun berumah tangga.

Akui Lala, selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu, sehingga kini dia masih lagi belum menemui individu yang mampu menambat hati. Bukan mudah mencari pasangan, menurutnya dia langsung tidak memilih soal berkawan.

“Tahun ini kita semua kena hadap pandemikk. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut. Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ini. Calon pun belum ada.”

TAK KISAH BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG

Disapa mengenai status suami orang, jelas Lala yang dia tidak kisah atau penghalang dirinya dari terus berkawan dengan sesiapa sahaja bahkan suami orang sekali pun kerana berpendapat tidak ada salahnya menjalinkan persahabatan dengan golongan sedemikian.

“Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya. Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu.” Selor0h Lala.

Sejak drama 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi trending, ramai peminat menginginkan Sofi dan Helmi (dilakonkan Syazwan Zulkifly) disatukan dalam dunia nyata. Keserasian mereka membuahkan hasil apabila lakonan penuh emosi terkesan kepada penonton.

Jodoh dan ketentuan terletak di tangan Tuhan. Sama-sama kita doakan agar Wan Sharmila bertemu dengan individu yang mampu membahagiakan hidupnya kelak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wah wahh … awak semua seronok meng Amin kan kami yerrr… . Agaknya apa penghujung cerita Sofi & Helmi? . Minggu akhir dah ni. Jgn lupa terus tengok #7harimencintaiku2 sampai episod akhir ya. 😘 . #sofi #helmi #dramasangat

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah kahwin semula. 😋 Kahwin dalam drama je ok! Korang suka tak? . Shhhhh 🤫 diam2 jangan bagitahu Mak Leha semua tau! Ini rahsia!. #sofi #teamsofi #helmi #7harimencintaiku2

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Meecks.com via TerengganuTv