Penutvpan sekolah perlu dilakukan sekurang2 14 hari… – Timbalan Menteri Pendidikan

SUNGAI BESAR: Penutupan sekolah di empat kawasan di Kedah dan dua di Perlis susulan penul4ran COV1ID-19 perlu dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum dibenarkan dibuka semula.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya, berkata Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan jumlah bilangan hari yang sepatutnya pelajar dan murid bercuti.

“Selagi tidak mendapat persetujuan dan nasihat dari Kementerian Kesihatan dan MKN, selagi itu sekolah akan ditutup,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar melepaskan Konvoi Jelajah Info On Wheels (IOW) Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Selangor di Dataran Tonggak 9, Stadium Sungai Besar, di sini.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat kawasan di Kedah iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap berikutan penul4ran COV1ID-19 yang berpunca daripada Kluster Sivagangga.

Pada 10 Ogos pula, dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul turut dikenakan PKPD Secara Pentadbiran sehingga 31 Ogos.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kes Jalur Gemilang yang dipamer secara terbalik, Muslimin menasihatkan supaya pemasangan bendera itu dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah. – BH

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penul4ran COVI1D-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.

“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah c0v1d-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata, JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata, perkara itu akan dilihat mengikut kes.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya. – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://kisahbena.com/