KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mut4si jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pes4kit bawah si4sat4n (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana v1rus Cov1d-19 dengan mut4si D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.
Menurutnya, ia didapati 10 kali lebih mudah menj4ngk1ti individu lain dan mudah mereb4k sekiranya disebar oleh individu super spreader.
“Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas.
“Ujian awal ini dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, Ahad.
Mengulas lanjut, katanya mutasi D614G ini ditemui saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.
Oleh itu, Dr Noor Hisham menyeru agar semua kekal mengaplikasikan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, pengamalan kebersihan kendiri dan memakai pelitup muka.
“Situasi terkini Covid-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi lain masih berusaha membendung penularan Cov1d-19.
“Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan j4ngk1tan Cov1d-19 daripada segala jenis mut4si sekali pun,” jelasnya.- Bernama
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar