Pengusaha kedai makan pasang bendera terb4lik dit4han

JOHOR BAHRU- P0lis men4han seorang wanita berusia 55 tahun dipercayai memasang Jalur Gemilang terbalik di sebuah kedai makan di Taman Nasib, Kluang, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bertindak atas maklumat dan laporan orang awam, sepasukan p0lis dari Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Kluang, membuat pemeriksaan di premis tersebut.

Katanya, hasil sias4tan mendapati premis terbabit menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 itu tidak lagi beroperasi sejak awal Januari lalu.

“Pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun 2017 hingga adu4n dibuat oleh orang awam. Turut dirampas sehelai bendera Malaysia.

“Susp3k akan did4kwa di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama ( penggunaan tidak wajar) (pindaan 2017). Jika sabit kesala4han boleh didend4 tidak melebihi RM20,000 atau penj4ra tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Ayob Khan turut menasihatkan orang awam sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada melakukan perbuatan sedemikian.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar