ALOR SETAR – [DIKEMASKINI] Persatuan Pengguna Kedah (Cake) memfailkan sam4n lebih RM1 juta hari ini terhadap pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh atas d4kwaan mencetvskan kluster PUI Sivagangga.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya selaku plaintif mewakili kira-kira 200 penduduk Napoh dan lima badan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan sam4n menuntut pembelaan dan keadilan sewajarnya atas kerugian yang dialami.
Mohamad Yusrizal berkata, saman melalui Tetuan Zunun & Co menamakan pemilik restoran nasi kandar yang dikatakan menjadi pencetus Kluster Sivagangga iaitu Nezar Mohamed Shadur Batcha sebagai defendan.
“Sejak ditul4rkan minggu lepas, kita telah menerima hampir 200 tuntutan terdiri daripada empat kategori iaitu pemilik perniagaan, pekerja pemilik perniagaan, pekerja gaji harian yang terjejas pendapat dan penduduk sekitar Napoh dan Megat Dewa.
“Cake turut menerima tuntutan lima NGO melibatkan Jawatankuasa Peniaga RTC Pekan Napoh, Kelab Usahawan Belia Napoh, Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Napoh dan dua Persatuan Penduduk Napoh yang bersama memfailkan sam4n terhadap pemilik restoran itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar selepas selesai memfailkan sam4n berkenaan hari ini.
Turut hadir, peguam Tetuan Zunun & Co, Mohammad Zunun Baihakky.
ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Napoh sam4n pemilik Nasi Kandar Salleh RM1 juta
Katanya, tindakan memfailkan sam4n berdasarkan Neighbourhood Principle atau Prinsip Kejiranan, sebagai contohnya kes Donoghue lawan Stevenson pada 1932 ataupun dikenali sebagai kes siput b4bi dalam botol.
Beliau berkata, sebanyak lima jenis tuntutan ganti rugi difailkan termasuk ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi norminal dan ganti rugi meruncing ke atas pemilik restoran itu.
Mohamad Yusrizal berkata, jumlah yang dituntut itu bagi memberi pengajaran supaya tidak sewenang-wenang melanggar arahan kuar4ntin ditetapkan.
Tambahnya, tindakan defendan menyebabkan kesan negatif dan bahaya kepada penduduk sekitar akibat penul4ran j4ngk1tan kor0nav1rus (Cov1d-19) dan penutupan premis perniagaan, sekolah serta rumah ibadat hingga melumpuhkan ekonomi pekan Napoh.
Beliau berkata, peniaga di kawasan terbabit mengalami kerugian teruk dan kehil4ngan pendapatan apabila tidak boleh berniaga seperti biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di kawasan itu.
“Cake turut memfailkan Interim Injuction iaitu sekatan sementara terhadap pemilik restoran itu daripada keluar dari kawasan Napoh atau Malaysia termasuk pulang ke negara asalnya, India sehingga kes selesai,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar