Setelah beberapa hari tamat siaran 7 Hari Mencintaiku 2, nampaknya ramai juga peminat drama ini masih belum boleh move on tanpanya. Selama 33 episod penonton dihidangkan dengan perjalanan onak duri rumahtangga Khuzairi dan Mia Adriana serta beberapa watak lain, pastinya lakonan hebat pelakon-pelakonnya membuatkan ramai teruja menonton 7 Hari Mencintaiku 2.
Berakhirnya kisah keluarga Pak Samad yang terdiri daripada Pak Samad (Kazar), Mak Leha (Liza Abdullah), Khuzairi (Shukri Yahaya), Helmi (Syazwan Zulkifli), Nadia dan pasangan masing-masing. Setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka lalui, akhirnya keluarga ini bahagia di samping pasangan masing-masing.
Berita gembira buat peminat drama ini apabila TV3 sendiri mengumumkan 7 Hari Mencintaiku 2 catat 12 juta tontonan sepanjang 33 episod ditayangkan dan 5 juta tontonan episod akhir.
Drama hasil karya Siti Rosmizah ini sememangnya menghidangkan plot cerita yang menarik serta penuh emosi kepada penontonnya. 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi satu fenomena luar biasa buat industri drama Melayu tanah air.
Perkongsian dari Instagram TV3 Malaysia mengenai 7 Hari Mencintaiku 2 catat 12 juta tontonan sepanjang episod ini telah meraih lebih 8 ribu likes. Rata-rata warganet men1ngg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“The best drama dari musim 1 hingga 2. Harapnya ada gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha lagi lain kali”
“Dengan ini tamatlah kekecohan pada waktu Maghrib di kampungku”
“Harap ada season 3”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL