Ramai Tanya Bila Malam Berinai, Sekali Mira Filzah Bagi Jawapan Yg Mengejuutkan

Pelakon Mira Filzah memberitahu dia tidak akan mengadakan malam berinai menjelang majlis perkahwinannya yang dikhabarkan tidak lama lagi.

Mira ketika menjawab soalan yang diajukan peminat sama ada majlis berinai akan diadakan bertemakan Bollywood, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu menafikannya.

“Adakah Bollywood antara tema untuk malam berinai nanti?” soal peminatnya.

Manakala jawab Mira; “Takkan ada malam berinai jadi I balas dend4m dekat fotografi kanta lekap saja sis.”

Jawapan Mira itu meredakan keteg4ngan peminat yang memuji tindakannya tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan budaya masyarakat luar.

“Bagusnya tak ikut budaya agama lain. Sebarkan budaya yang baik-baik saja,” puji salah seorang peminat.

Dalam pada itu, Mira yang terpalit dengan kontroversi ‘cultural appropriation’ dengan menyarung pakaian tradisional masyarakat India baru-baru ini masih dipuji cantik oleh peminatnya.

Difahamkan Mira kini sedang sibuk dalam persiapan menjelang hari bahagianya dan bakal menyarung beberapa helai busana perkahwinan rekaan pereka fesyen tersohor tempatan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :