“Susah, Kejap-Kejap Periksa CCTV…”- Sayang Tinggalkan Anak, Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

Pelakon Datin Zizie Izette sudah mula keluar bekerja dan sering pulang rumah lewat.

Menurut Zizie pengalaman men1ngg4lkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.

Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti perlu dilupakan buat sementara waktu.

“Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak-anak tapi akhirnya mereka yang surprise kan kita!

“Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah? 

“Pengalaman baru untuk saya. Susah. Macam saya, kejap-kejap check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa. 

“Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi,” katanya.

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video yang menunjukkan anaknya setia menunggunya pulang dari kerja.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama ketika mula-mula bekerja dan men1ngg4lkan anak.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :