Bekas peserta Keynote tuntut hut4ng RM6,000. Ini respond pihak Ajai

SELEPAS 10 tahun, anggota kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah Raja Azaham selaku pemenang tempat kedua program Keynote yang disiarkan pada 2010 masih lagi menuntut wang kemenangan serta elaun yang dijanjikan berjumlah RM6,000.

Di Twitter, Nazrin turut berkongsi potongan akhbar dan menaikkan isu mengenai bayaran yang katanya belum dilangsaikan oleh komposer, Ajai.

“Wang kemenangan yang dijanjikan adalah RM5,000 manakala elaun sebagai peserta adalah RM1,000. Jadi, jumlah keseluruhan wang RM6,000 itu belum saya terima sampai sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Nazrin ketika dihubungi berkata, dia juga pernah menaikkan isu sama berkenaan pada Mac tahun lalu, tetapi menerima panggilan daripada pihak pengurusan Ajai dan dim4ki h4mun.

“Saya beberapa kali membangkitkan isu ini termasuklah pada Mac tahun lalu ketika Ajai bersama Exist ingin mengadakan konsert. Saya memuat naik satu perkongsian mengenai hutangnya di Facebook.

“Tak lama kemudian, saya dihubungi pihak pengurusannya yang juga isterinya, Kak Liza dan dilemparkan dengan pelbagai mak1an.

“Dia meminta saya untuk menurunkan perkongsian di Facebook itu dan berkata akan meneruskan dengan tindakan undang-undang, jika saya tidak berbuat demikian,” katanya.

Tambah Nazrin lagi, dia juga dimaklumkan bahawa Ajai bukan orang yang bertanggungjawab menerbitkan program itu.

“Selepas itu, saya ada terbaca satu kenyataan daripada pihak pengurusannya (Ajai) yang mengatakan bahawa dia bukanlah salah seorang ‘orang kuat’ dalam syarikat produksi itu sedangkan kami, peserta-peserta sedia maklum mengenai posisinya.

“Ada juga peserta lain yang tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan. Malah, ada yang tampil mengucapkan terima kasih kepada saya dan mungkin ada juga yang malas untuk berdebat,” katanya.

Selain Nazrin, program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri

Ajai hanya tenaga pengajar

TERPALIT kontroversi mengenai ‘hutang RM6,000’ yang didakwa pemenang tempat kedua program Keynote, Raja Nazrin Shah Raja Azaham, pihak pengurusan komposer Mohd Faizal Maas atau Ajai tampil memberikan kenyataan balas.

Ajai menerusi pengurus yang juga isterinya, Liza Ilias menegaskan bahawa tanggungjawab Ajai dalam program yang disiarkan pada 2010 itu adalah sebagai dekan atau ketua tenaga pengajar sahaja.

“Dia memang ada keluarkan idea itu, tapi ia dijual kepada produksi yang menerbitkan program berkenaan. Jadi, tugasnya dalam program Keynote itu tak lebih daripada tenaga pengajar.

“Jadi, isu mengenai hadiah atau bayaran wang kemenangan, bukan menjadi tanggungjawabnya. Syarikat produksi itu pun dah tak wujud dan penerbitnya pun dah men1ngg4l dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Liza juga tidak menolak, pihaknya ada menghubungi Nazrin untuk memintanya menurunkan perkongsian di Facebook kerana itu membabitkan nama baik Ajai dan Exist.

“Pihak kami ada menghubunginya pada 9 Mac tahun lalu kerana perkongsiannya bukan sahaja mencalarkan nama Ajai, tetapi juga membabitkan nama Exist yang nak mengadakan konsert pada ketika itu.

“Apa yang saya lihat, individu ini seperti ingin menangguk di air yang keruh. Saya dah jelaskan situasi dan posisi Ajai dan dia kena faham mengenainya,” katanya.

Kata Liza lagi, pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

“Kalau boleh, kami tak mahu sampai ke tahap perlu mengambil tindakan undang-undang. Dia adalah orang yang berpelajaran dan sepatutnya faham apa yang berlaku.

“Sepatutnya, dia mainkan peranan positif di dalam industri dan gunakan cara yang betul untuk menaikkan namanya serta kumpulan yang dianggotai.

“Ajai sentiasa menyokong bakat-bakat muda ini, tapi ada dalam kalangan mereka yang suka bercakap tanpa berfikir panjang,” katanya.

Selain Nazrin, program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MB