‘Mak Leha’ maafkan…

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih menggembirakan bagi pendukung watak Mak Leha dalam drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku 2, Liza Abdullah, apabila karya itu menarik 12 juta penonton mengikut sumber Nielsen 2020 diumumkan TV3.

Bagi Liza, sambutan penonton sepanjang tayangan 33 episod drama terbabit umpama hadiah cukup berharga kepada pelakon dan kru produksi.

“Sudah tentu berita itu menggembirakan bukan sahaja untuk kami sebagai pelakon tetapi kru yang bertungkus-lumus menyiapkannya.

“Kita mula masuk set sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kemudian disambung semula selepas sekian lama tertangguh. Kena berjaga, berpanas sehingga ada yang jatuh s4kit. Banyaklah dugaan yang terpaksa dilalui.

“Pada awalnya, timbul rasa sangsi kerana berdasarkan situasi yang pernah berlaku, tidak semua sekuel yang dihasilkan berjaya.

“Justeru, apabila mendapat tahu drama ini mendapat sambutan, kami sangat seronok kerana masing-masing ada peranan untuk kejayaan itu.

 

“Segala cabaran yang dilalui ketika membintangi drama ini terbayar,” katanya kepada BH Online.

Tambah aktres bermata galak ini, kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku 2 men1ngg4lkan impak peribadi buat dirinya kerana kec4man dan pujian yang diterima seiring.

“Ketika berlakon dalam drama ini, saya tidak pernah fikir maklum balas yang bakal diberi penonton. Fokus saya hanya mahu memberikan yang terbaik.

“Bagi saya, berapa rating diterima, saya tak kisah. Apa yang penting, impak drama ini terhadap penonton,” katanya.

Liza mengaku terkejut melihat reaksi penonton terhadap watak Mak Leha.

“Biarpun ada yang benci dan kec4m saya di laman sosial, namun, ada juga yang suka. Terharu rasanya apabila ada penonton suka dengan menu yang saya sediakan dalam drama itu seperti karipap dan julap hingga viral.

“Paling melucukan apabila ada yang siar semula foto lama dan menggunakan dialog saya di aplikasi Tik Tok.

“Biarpun perkara ini agak asing, tetapi saya tidak kisah kerana pada penghujung cerita, mereka tahu kenapa saya jadi begitu. Ia hanya watak semata-mata,” katanya yang tidak berkecil hati malah memaafkan pihak yang mengkritik watak Mak Leha lakonannya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH