‘Tok siak cilik’ rindu surau, b1mb4ng

PORT DICKSON: Muhammad Asrafil Naufal Mohd Rafi, 7, yang digelar ‘siak cilik’ hanya dapat melepaskan rindu dengan membersihkan Surau AlHijrah, Bandar Springhill di sini, kerana tidak dibenarkan menunaikan solat di dalamnya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Muhammad Asrafil Naufal yang menerima jolokan itu tidak dibenarkan menjalankan ‘tugasnya’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung c0v1d-19 atas faktor usia.

Bapanya, Mohd Rafi Ali, 46, berkata, anaknya bongsunya itu merengek mahu ke surau biarpun tidak dibenarkan bersolat bersama kerana bimbang keadaan surau tidak terurus.

“Sejak berusia dua tahun, dia sudah biasa mengikut saya ke surau dan masjid tetapi sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah, selain ke sekolah.

“Dia secara sukarela bertindak seperti ‘siak’ membersihkan sekitar dalam surau, menyapu dan membu4ng sampah atau mengelap habuk di seluruh kawasan surau tetapi tidak dapat menjalankan ‘tugasnya’ sejak lima bulan lalu.

“Jemaah surau pun sering bertanya kerana Naufal memang mesra dengan jemaah namun keadaan tidak mengizinkan untuk datang,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Asrafil Naufal berkata, sudah dua hari dia mencuri peluang membersihkan kawasan di sekitar surau untuk melepaskan rindunya kerana sudah lama tidak hadir.

“Saya sed1h kerana tidak dibenarkan datang menjalankan aktiviti membersihkan surau.

“Saya merayu kepada ayah agar membenarkan saya datang membersihkan surau tetapi ayah kata boleh datang membersihkan surau sebaik jemaah pulang ke rumah,” katanya.

Katanya, dia berharap c0v1d-19 segera berakhir dan dapat mengikut ayahnya ke surau atau masjid, sekali gus menunaikan solat berjemaah.

Timbalan Pengerusi Surau AlHijrah, Abdul Fatah Zakaria, berkata Muhammad Asrafil Naufal ialah kanak-kanak contoh kerana rajin ke surau dan membuat kerja amal tanpa disuruh.

“Sejak kecil dia datang ke surau ini lengkap berserban dan boleh melaungkan azan jika tiada bilal tetapi paling istimewa, dia sanggup buat kerja ‘siak’ tanpa disuruh,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH