Tengku Jihan Dikatakan Tidak Pakai Facemask Sebab Dia ‘Anak Agong’. Ini Jawapan Padu Tengku Jihan Kepada Yang Tuduh Dia

KECOH di laman Twitter gara-gara seorang pelayar membuat satu posting mend4kwa anakanda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat kunjungan ke Pusat Sains Negara (PSN) baru-baru ini.

Melalui satu bebenang di Twitter, pelayar yang memegang akaun @hahamimizah mendakwa k3semua anakanda baginda dilihat tidak memakai topeng pelitup muka.

Kerajaan pada 1 Ogos lalu mewajibkan semua rakyat di negara ini memakai pelitup muka terutama ketika menaiki pengangkutan awam dan juga ketika mengunjungi lokasi ses4k.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang pelayar (kanan) sebagai bukti bahawa Puteri Jihan dan adik beradiknya memakai pelitup muka ketika kunjungan ke PSN baru-baru ini. Foto: Kredit Twitter nrlshd

“Hari tu anak-anak Agong datang Pusat Sains Negara tak pakai mask dan not even one staff tegur. One of them je yang pakai, the other siblings datang dengan beg LV diaorang stroll PSN camtu je tak pakai mask hahahaha b*b*,” demikian ciapan pelayar berkenaan.

Pelayar itu juga mengatakan situasi yang berlaku itu menjadi salah satu sebab mengapa dia tidak menyukai kerabat diraja.

“Peasants out here getting fined and jailed for the same crime, and these monarchs gets away with it? When someone asked me why I despised the royals, I tell them this. (Orang bawahan didenda dan dipenjara kerana jenayah yang sama, dan kerabat terlepas? Bila seseorang tanya mengapa saya memb3nci para bangsawan, saya memberitahu mereka ini),” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh anak bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi ciapan di Twitter, puteri berkenaan dalam bahasa yang penuh sopan menjelaskan bahawa k3semua adik beradiknya memakai pelitup muka.

“Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu. And none of us were using LV bags. Please don’t just assume (Dan tiada seorang pun daripada kami memakai beg LV. Tolong jangan buat andaian),” tulis puteri berkenaan.

Ciapan Puteri Jihan sehingga kini meraih lebih daripada 3,000 retweet.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh anak bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi ciapan di Twitter, puteri berkenaan dalam bahasa yang penuh sopan menjelaskan bahawa k3semua adik beradiknya memakai pelitup muka.

“Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu. And none of us were using LV bags. Please don’t just assume (Dan tiada seorang pun daripada kami memakai beg LV. Tolong jangan buat andaian),” tulis puteri berkenaan.

Ciapan Puteri Jihan sehingga kini meraih lebih daripada 3,000 retweet.

Seorang pelayar (kanan) turut memuat naik gambarnya bersama Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang memakai pelitup muka sebagai bukti.

Selain itu, dakwaan berkenaan kemudian turut disangkal oleh seorang pelayar lain.

“Sis u okay? Jangan malukan nama PSN please. I dengan diaorang kot. Oh plus, they wearing Dior not LV (Lagi satu, mereka guna Dior bukan LV),” tulis pelayar berkenaan.

Malah dia turut memuatnaik sekeping gambarnya bersama Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang lain, iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang memakai topeng pelitup muka.

Sementara itu, ruangan komen di Twitter Puteri Jihan turut dibanjiri komen netizen yang mengec4m tindakan pelayar berkenaan dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadapnya.

Malah mereka dalam masa yang sama memuji Puteri Jihan kerana menggunakan bahasa yang sopan sekali pun dilontarkan kec4aman.

“Bahasa yang tiada adab terhadap golongan diraja adalah satu penghinaan. Permohonan maaf tidak cukup untuk gadis tersebut. @PDRMsia perlu lakukan sesuatu,” komen seorang pelayar.

“Gadis itu sepatutnya kena diambil tindakan. Dia tak boleh sesuka hati tuduh Royal Family tanpa bukti,” komen seorang pelayar lain.

“Tengok bahasa yang dia gunakan. Then tengok reply dari Tengku. Siap ada perkataan ‘maaf’. Itu bezanya dia dengan Tengku,” komen seorang netizen lain pula.

Bagaimanapun, hasil carian mStar mendapati tweet pelayar berkenaan kemudian telah dipadamkan.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/