Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.
Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlvk4n.
“Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.
“Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai,” tulisnya.
Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.
Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.
“Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.
“Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni f1tn4h,” jawabnya.
Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan di Instagram.
“Lama tak ada kes. Ada balik parasit dalam Instagram aku.
“Kadang-kadang bila cakap depan-depan meny4kitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.
“Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kac4u kita,” sindir Shiera.
Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.
“Baju show nak jual…show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak