Petai ‘Spiderman’ laku keras

Seorang pelajar tidak menyangka percubaannya memakai kostum adiwira, Spiderman ketika menjual petai membuahkan hasil apabila jualannya semakin laris dibeli oleh orang ramai.

Selvakumar Tharmalingam, 22, yang sudah menjalankan perniagaan itu sejak dua bulan lalu berkata, dia mahu mencuba sesuatu yang berbeza untuk menarik kehadiran pelanggan sebelum akhirnya mendapat idea untuk memakai kostum tersebut.

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa berasal dari Slim River, Perak itu, dia pada mulanya cuma mahu meneruskan perniagaan yang pernah dilakukan datuknya sebelum ini berikutan tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang berminat.

“Jadi saya buat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baharu sebelum menamakan semula petai ini sebagai Petai Spiderman,” ujarnya.

Selvakumar berkata, dia memilih kostum Spiderman kerana semua orang tahu watak adiwira tersebut termasuklah kanak-kanak.

“Kebanyakkan orang mengenali watak ini dan percubaan saya memakai kostum ini berhasil apabila jualan semakin meningkat dari hari ke hari.

“Selain kerja kuat, kita juga perlu dengan bijak,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :