“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai …”- Achey Dan Fad Kecewa Dengan Kemelvt Yang Berlaku Antara Balu Abam Dan Ali

Nampaknya kemelut dan persengketaan tentang kelaurga arw4h Abam masih lagi belum berpenghujung, berikutan dengan kes saman menyaman antara Ali Puteh dan Nor Hidayah ini, anggota kumpulan Bocey, Achey akui begitu sed1h dengan kemelut antara mereka yang berlarutan sampai dibawa ke mahkamah.

Namun begitu, Achey menjelaskan kepada mStar Online bahawa dirinya tidak memihak kepada sesiapa malah isu itu boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik.

Siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap”

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tidak memberikan kesan kepada orang lain,” kata anggota kumpulan Bocey iaitu Achey yang berasa sedih melihat kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, ia boleh diselesaikan secara berdamai agar tidak memberikan kesan kepada orang lain.

Sebagai seorang sahabat dengan arw4h, Achey begitu mengharap agar persengketaan antara mereka berakhir dengan baik kerana bimbang memberi kesan kepada anak arw4h Abam, Syed Uthman Hamzah AL-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Anak itu akan membesar. Kita tak ank nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik.”

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata dia tidak memihak pada Ali mahupun Nor Hidayah namun berpendapat isu yang berlaku itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih 

Rabu lepas, Ali bertindak memfailkan saman kepada kakak iparnya dan Datuk Aliff Syukri selepas mendapatkan nasihat daripada penguamnya berikutan balu kepada arw4h Abam itu terlebih dahulu ada filkan saman terhadap dia dan keluarga.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Dalam pada itu, apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada dirinya serta keluarga.

Bagaimanpun, Achey berharap kemelut tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.

“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : LM